every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Imamku. Show all posts
Showing posts with label Imamku. Show all posts

October 24, 2012

Reason saya panggil dia "IMAMku"


Kadang-kadang ramai jugak yang salah tafsirkan, bila kita gelarkan seseorang tu dengan satu panggilan.
Dulu, yes dulu-dulu aku pun pernah panggil pasangan dengan panggilan ala-ala manje gituw.
bukan ape bila bercinta tak best la kalau still panggil kau aku.. kasar bahasa and bunyinya..
kalau panggil saya awak pulak memang dah tak kasar.. tapi kan....
kalau si dia kuar dengan orang lain nanti takde la orang tu tau dia dah berpunya.
so untuk meng'kantoi'kan si dia. kene la create panggilan yang ala-ala gedik gituw.
macam kanda dinda, baby hubby, abg sayang, papa mama, busyuh musyuk, etc la ye.

Apa kene mengena dengan panggilan Imamku tu?
oke panggilan tu pun aku create untuk seseorang.
tapi yang pastinya tak tau lagi sapa orangnye ye..
belum untuk hari ini, tapi In Sya Allah untuk satu hari nanti.
sapa yang ada Imam tu, beruntuk la.
so gunakan kemudahan yang ada tu sungguh-sungguh la hendaknye.
tapi jangan duk tayang jaja sana sini je dah le.

1) Orang yang dikagumi dan hormati.
bagi aku Imam tu seseorang yang kita kagumi dan hormati. so itu la pandangan aku pada si suami, seseorang yang akan aku kagumi dan hormati.

2) Pemimpin
dia la seseorang yang akan menjadi pemimpin aku, setiap tindak tanduk aku.. dia la yang akan berikan jalannya, namapun syurga aku pada dia, jadi haruslah dia yang diutamakan.

3) Penasihat
bila aku rasa kekurangan pada sesuatu, dia la tempat untuk aku curahkan. dan dia tahu macam mana nak bagi nasihat yang aku boleh terima.

4) Penyabar
kenapa aku kata Imam nie sabar? sebab kalau tak sabar mcm mane dia nak ada makmum yang macam-macam kerenah kan. Imam aku kena banyak bersabar dengan isteri, anak, keluarga and orang sekeliling,

5) Imam
bukan aku tak boleh nak terima Imam dekat masjid, cuma kalau boleh bawak balik Imam dekat rumah lagi best kan. macam kalau kita pinjam telekung surau dengan bila kita pakai telekung sendiri. kan lain rasanya. tapi kalau ada masa pergi la masjid tau.!


Bila aku kata Imam aku macam dekat atas tu bukan aku maksudkan dia perfect,
bukan aku maksudkan die terlalu baik.
Imam aku orang biasa je, tak kaya mana, tak hensome mana pun..
dia pernah buat silap, tapi yang pasti die kene tahu kesilapan dia. Itu pasti.

September 18, 2012

Jua buat Imamku




Apa kabarnya imanmu hari ini?
Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur?
kerana dapat kembali menatap fananya hidup ini.
Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu?
atas amanah yang saat ini tengah kau genggam.

Wahai calon suamiku, tahukah engkau Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?
Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan
dan siap mendampingimu kelak meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi
namun kini kurasakan diri ini lebih baik..

Kadangkala aku bertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku,
bagian terapuh dari diriku. Namun kini kutahu jawabnya….
Allah tau dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatNya, kembali mencintaiNya
Ujian demi ujian insyaAllah membuatku menjadi lebih tangguh,
sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga memiliki aku di hatimu.

Calon suamiku….
Entah dimana dirimu sekarang, tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku.
Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang teguh, hingga akupun bangga memilikimu kelak.
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu.
 Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku,
maka hanya kesia-siaan dan kekecewaan yang akan kau dapati..
 Aku masih haus akan ilmu,
namun berbekal ilmu yang ada saat ini aku berharap dapat menjadi isteri
yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku…

Wahai calon suamiku…
 Saat aku mash menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah.
agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak
 Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga.
Cukuplah aku yang menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh.
Aku ini kuat cemburu, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai, aku rela. Aku harap begitu jua dirimu.
 Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meski mungkin bukan yang kuharapkan

Calon suamiku yang dirahmati Allah…
 Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namai dengan gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.
Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita,
bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat,
terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah ta’ala…
 Bunga akan indah pada waktunya, iaitu ketika bermekaran menghiasi taman.
Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya.
bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku…
 Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik.
Meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya bisa menjadi yang terbaik di sisimu kelak…

Calon suamiku….
 Inilah sekilas harapan, yang ku ukirkan dalam rangkaian kata.
seperti kata orang “tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata”.
Itulah yang kini kuhadapi…
 Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diriku,
sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu

Bersabarlah calon suamiku..
Doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu…
Ameen ya rabbal al ameen..


ehsan : pakarcinta.com

September 12, 2012

Hurm...


I wonder

what the person

im going to marry

doing right now..

May 30, 2012

Impian bt IMAMku

Assalamualaikum IMAMKU..

terlalu lama tiada coretan untukmu bukan..
imamku, janganlah kau ragui..
walau apa pun, kau tetap akan ada dihati dan fikiranku..
bilakan kita akan bertemu imamku?
atau kita telah pun bertemu...
aku terlalu menantikan dirimu..
kapankan akan terjawab segala tanda tanya dihati.

imam terlalu banyak pena telah merwarnai diriku,
yang dulu putih bersih tanpa noda...
demi tuhan imamku.. hanya kau yang mampu membersihkannya.
setiap hari imamku.. aku mengimpikan dirimu.
aku termimpi-mimpikan detik indah untuk kita.
dan andai kau imamku, seseorang yang pernah aku kenali.
aku akan menerimamu dengan pintu hati yang terbuka. insyaallah.

bila hari itu tiba imamku..
tidak ku pinta emas dan permata darimu..
cukuplah senaskah al-quran bagi kau memdidikku..
majlis kita cukuplah sekadar sederhana..
semampunya milik kita bersama imamku..
dan tak perlulah kita berhabis-habisan untuk meraikan..
saksi kita, biarlah hanya keluarga dan teman rapat sahaja.

imamku akan ku sabarkan hati menghitung detik itu










April 19, 2012

Imam Ku


Imam ku..
Malam ini aku terlalu merinduimu..
Mungkin kerna malam ini terlalu sepi bagiku..
Boleh jadi juga kerna malam ini malam yang terlalu menyakitkan..

Imam ku..
Bila kah mungkin kita akan berjumpa..
Atau mungkinkan kita pernah bertemu..
Cuma mungkin aku yang terlalu leka tidak mengetahui kewujudanmu..

Imam ku..
Maafkan masa laluku..
Terimalah masa kau menemuiku..
Dan bimbinglah masa hadapanku..

Imam ku..
Dengarlah bila aku berkata,
Pujuklah bila aku menangis,
Dan jadilah dirimu, bila aku menjadi diriku..

Imam ku..
Aku cuma pendampingmu..
Aku cuma pengikutmu..
Aku ingin menjadi bidadari syurgamu..

18/4/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...