Assalamualaikum IMAMKU..
terlalu lama tiada coretan untukmu bukan..
imamku, janganlah kau ragui..
walau apa pun, kau tetap akan ada dihati dan fikiranku..
bilakan kita akan bertemu imamku?
atau kita telah pun bertemu...
aku terlalu menantikan dirimu..
kapankan akan terjawab segala tanda tanya dihati.
imam terlalu banyak pena telah merwarnai diriku,
yang dulu putih bersih tanpa noda...
demi tuhan imamku.. hanya kau yang mampu membersihkannya.
setiap hari imamku.. aku mengimpikan dirimu.
aku termimpi-mimpikan detik indah untuk kita.
dan andai kau imamku, seseorang yang pernah aku kenali.
aku akan menerimamu dengan pintu hati yang terbuka. insyaallah.
bila hari itu tiba imamku..
tidak ku pinta emas dan permata darimu..
cukuplah senaskah al-quran bagi kau memdidikku..
majlis kita cukuplah sekadar sederhana..
semampunya milik kita bersama imamku..
dan tak perlulah kita berhabis-habisan untuk meraikan..
saksi kita, biarlah hanya keluarga dan teman rapat sahaja.
imamku akan ku sabarkan hati menghitung detik itu
imamku akan ku sabarkan hati menghitung detik itu
No comments:
Post a Comment