every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers

July 23, 2010

rintihan itu

Anak sayang... td mama baru baca blog dari suara hati mama-mama lain utk anak mereka. tp anak mereka lain sedikit dari danish... anak-anak mereka tak sesehat danish. tak sekuat danish, tak main panjat-panjat tangga, sebab dorang nak berjalan pun tak kuat sayang. tak mintak itu and ini macam danish sebab nk bercakap pun tak tahu.. cume tahu menangis sahaje. mama faham apa dorang rasakan danish, sebab mama pun seorang ibu. mama tau apa rasanya bila kena berharap pada sesuatu yang tak pasti. mungkin ke anak-anak kecil tu boleh bertahan menahan segalanya? boleh ke mama tu semua tengok anak-anak dorang menbesar, masuk universiti.. kahwin kan anak-anak dorang n lepas tu bermain dengan cucu-cucu pula hari nanti?? mama tak tau sebab tu semua kuasa ALLAH.. dan kalau DIA nak ambil mereka pun mama tak boleh nak pertikaikan apa-apa, kerna disitulah sesungguhnya yang kekal abadi. tp mama berfikir plk klu itulah yang terjadi pada mama.. boleh ke mama bangun.. boleh ke mama terus cekal seperti sekarang?? sebab mama tak tahu.. boleh ke mama tanpa danish.. mama tau yang satu hari danish akan tinggalkan mama, danish anak lelaki.. danish akan ada keluarga, danish kena tinggalkan mama untuk tanggungjawab danish.. tp masa tu mama masih boleh tengok muka danish.. pegang tangan danish.. bukan seperti mama-mama td, dorang cuma dapat melihat pusara anak-anak mereka. cuma dapat lihat bunga yang tumbuh subur menemani pusara itu.. bolehkah kalau mama sekuat mereka?? akankah mama sekuat itu.. sebab segala kekuatan yang mama ada hari ini adalah kerana dan untuk danish. Dan danish dengarlah kata mama.. bila sakit kena makan ubat. jangan buang, jangan muntahkan.. sebab mama tak mampu kalau mama kehilangan danish. dan untuk mama-mama itu, terima kasih berkongsi secebis luahan rasa yang anda lalui. walau saya tahu, tidak segalanya akan dicoretkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...