kadang-kadang sukar untuk kita tafsirkan apa ertinya sebuah keluarga. adakah sekadar kerana kita ada pertalian darah. benarkah kita bersaudara? akan kah satu hari nanti, diri ini dibantu apabila terjatuh.. atau adakah nanti dicemuh? tapi mengikut apa yang dilalui sekarang cukup sudah untuk aku membuat kesimpulan, aku tak memerlukan saudara seperti mereka.. cukup la setakat nama saudara itu. tak mungkin mereka akan bersusah untuk kami jika diperlukan satu hari nanti. cukup dengan apa yang dah jadi depan mata sekarang. sanggup dorang menghina mak, buat macam mintak sedekah padahal pada harta yang tentunya hak mak. harta yang telah diwasiatkan pada mak. dan sekarang baru nak tanya kenapa nama mereka tiada dalam wasiat. sedangkan jawapan tu ada pada diri mereka sendiri. perlukah diungkit kisah-kisah yang dah berpuluh tahun terkubur. tak mungkin la mak aku nak menipu kerana harta tu, bukan mak aku yang meminta-minta. mak kecil, bodoh lagi waktu tu. korang belum-belum lagi dah mintak-mintak duit padahal kiteorang anak dia yang bersusah payah menghantar kesana kemari.. hantar balek kampung uruskan itu ini. tak kisah pun. sebelum ni pun mak memang dah ada cakap akan bahagikan duit tu pada korang sama rata. aku pun dah kirakan bahagian korang masing-masing pun. kami adik beradik pun tak kisah. kami ada duit gaji kami sendiri.. tapi bila korang buat macam mak aku bodoh sangat, aku takkan la happy kan.. siap nak menipu bagai. kenapa la kut. tak perlu la nak macam ni. perli-perli mak aku lagi, chantik sangat budi bahasa korangkan. dah la nak makan hasil orang lain, tapi kurang ajar. siap bercekak pinggang.. tepuk meja semua dekat mak aku. perlu ke?? jadi aku dan adik beradik yang lain pun menasihatkan mak supaya mak aku simpan je duit tu dulu. dalam erti kata yang lain, duit itu debekukan.. dan tengak la keadaan akan datang nanti camna pulak.. mak pun bukan la takda duit sangat sampai nak pakai duit tu. mak pun ada simpanan dia sendiri. ada duit pesara arwah abah, dan ada duit yang kami adik beradik kasi. tak perlukan sangat duit yang korang rebutkan tu..
buat saudara saudari yang sangat BERBUDI pekerti.
buat saudara saudari yang sangat BERBUDI pekerti.
No comments:
Post a Comment