every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers

October 05, 2010

Letter from heart

Mama Danish
No 09,
Jalan Hati Kecil,
77000 Batu Kerikel,
Awan Kelabu, Kebahagian.
___________________

Papa Danish
No 11,
Jalan Mata Ke Hati,
11000 Delima Hambar,
Menanti Harapan, Hampa.



Dear Papa Danish,
PENYATAAN DAN PERTANYAAN HATI KE HATI
________________________________________

Dengan hormatnya mama danish merujuk perkara diatas. Papa danish, mama danish sendiri tidak mengetahui mengapa mama danish kerap kali mengingati papa danish. Mungkinkah kerana mama danish amat membenci papa danish atau kerana mama danish masih mengharapkan janji-janji papa danish dahulu.

  1. Untuk pengetahuan papa danish juga, mama danish sendiri tidak mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan fikiran mama danish. Sejak mendapat msg di laman sosial yang papa danish tinggalkan, mama danish asyik memikirkan mengenai papa danish. Adakah tindakan mama danish ini waras dan perlu? Atau salahkan perbuatan mama danish itu kerana tidak sepatutnya mama danish mengingati lagi masa-masa lampau yang telah berlalu.
  2. Mama danish akui mama danish buntu dan tidak tahu apa yang patut dilakukan lagi. Tahukah papa danish, hati mama danish bagai ditikam-tikam dengan segala perbuatan papa danish. Ya, sememangnya mama danish amat memahami perangai dan tingkah laku papa danish. Dan oleh sebab itu jugalah, mama danish mendiamkan diri dan berpura-pura tidak mengetahui apa-apa apabila papa danish mengatakan sesuatu yang dusta.
  3. Di sini mama danish ingin menanyakan, adakah papa danish merasakan sesuatu kekurangan pada mama danish atau adakah mama danish pernah telanjur bicara atau perbuatan pada papa danish hingga akhirnya perhubungan ini menjadi retak menanti belah. Andai papa danish cuba untuk mendalami hati dan perasaan mama danish, papa danish akan tahu yang papa danish pernah bertahta di hati mama danish. Tapi mungkin tahta itu takkan kembali lagi pada papa danish atau sesiapa pun kerna tahta itu telah mama danish singkirkan bersama-sama suka duka yang papa berikan.
  4. Papa danish jika ada sekelumit rasa sayang dari papa danish untuk hubungan kita dulu, mama ucapkan ribuan terima kasih dan itu tidak akan mama danish lupakan. Papa danish, mama danish ingin mengundurkan diri dahulu sebelum kekuatan mama danish hilang. Sekian dahulu, segala kerjasama dan ingatan papa danish didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Pernah Berhubungan,
MAMA DANISH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...