waiting for my new entry? (haha..perasan je..)
tp saya tahu ramai yang stalker saya hakikatnya kan..
thanks a lot. semua entry saya memang untuk dikongsikan bersama.
yang baik dijadikan contoh yang tak baik dijadikan pedoman untuk hidup.
okey la, rasenya panjang lebar dan tiada kena mengena pulak intro dengan tajuk kan.
haha..malu sendiri. membebel panjang-panjang... blushing.
pernah tak korang terpikir setiap benda dalam hidup sebenarnya takkan menunggu kita.
masa sentiasa berjalan dan meninggalkan kita yang alpa.
kalau setiap benda nak survey berkali-kali. nak buat kira-kira berjuta kali..
memang alamatnya sampai ke tua pun takkan tercapai la.
dan bila masa kita dah ready, benda yang kita nak tu pun dah jadi milik orang lain.
contohnya. bila korang bercinta dan korang rasa nak kawen.
tapi tak tau bila nak kawen. oh dan tunggu masa yang sesuai la.
macam mana korang nak tau masa tu adalah masa yang sesuai ye..
bila korang dah ada calon? bila korang dah cukup kaya raya? or bila masanya yang tepat?
sekarang korang dah ada calon.. korang nak tunggu korang kaya pulak..
dan selepas bertungkus lumus 10 tahun. korang dah cukup kaya.
korang rasa inilah masanya yang tepat.
tapi masalahnya calon korang pulak yang dah tiada.
dan di kebas oleh orang yang tak cukup kaya, dan tak kisah masa yang sesuai.
so apa yang korang nak jadikan alasan lagi?
orang yang lambat memang sentiasa akan ketinggalan.
memang itu la salah korang sebab suka ambil langkah tunggu.
contoh kedua pulak, korang berhajat nak beli rumah.
korang buat kira-kira.. then buat kira-kira lagi..
genap sebulan korang rasa, ye la. nak beli rumah tu..
tapi bila tanya balik tentang rumah tu.. dah tiada. dah ada orang beli.
apa salah korang? kenapa rumah tu tak tunggu korang kan.
kenapa ada orang lain nak beli rumah tu pulak.
korang memang tak salah. tapi korang cuma lembab.
p/s : sila cuba untuk membuat 1st step. selepas tu nak or tak nak korang kena jugak melangkah walau itu rela atau separa rela. tapi kalau korang tunggu je.. memang tunggu je la yang korang dapat. benda yang paling susah adalah langkah yang pertama. selepas itu insyaallah.. allah sentiasa membantu selagi kita masih percaya adanya DIA untuk membantu..
No comments:
Post a Comment