every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers

July 30, 2012

Kisah Aku


Hi Hi Hi..
Assalamualaikum semua..
Dah terlalu lama tak menulis dengan panjang berjuraikan.
Kadang-kadang takut nak berkongsi sebab ada je yang memerhati.
Bukan apa, takut nanti boleh disalaherti
Ape pun, sekarang aku nak berkongsi rahsia hati..
Sebab banyak yang merindui.
Eh??
____________________________________________________________________

Perubahan demi perubahan aku cuba lakukan sekarang.
Alhamdulillah. Allah Maha Besar, Dia Mengetahui Yang Terbaik Bagiku.
Sebetulnya perubahan aku takde pun sebesar mana..
Masih lagi aku bernama Nadia.
Mungkin orang sekeliling pun tak akan pernah nampak apa perubahannya.
Sebab perubahan aku bukan hanya dari fizikal semata-mata.
____________________________________________________________________

Pengalaman hidup aku banyak mengajar aku supaya menjadi lebih dewasa.
Atau dalam kata lain, "take its easy"
Ye, bagi aku bila kau katakan diri kau dewasa..
Kau harus kenal apa itu maknanya dewasa.
Ianya bukan sekadar umur yang silih berganti setiap tahun.
Bukan juga bila kau dah mampu punyai anak atau harta.
Dewasa itu, bila kau mampu bertenang dengan segala masalah yang menghambat.
Tipu la kalau seseorang itu mengatakan yang dia tak punya masalah.
Dan jika air mata kau mengalir dek kerana derita yang ditangung,
hye itu normal, bahkan kalau kau ingin menjerit. jeritkan saja!
Tapi masalahnya bukan kau, tapi aku...
____________________________________________________________________

Allah Maha Besar.. Dia mengetahui yang terbaik bagiku.
Dia tahu aku mampu menghadapi lagi dugaan.
Maka diujinya lagi diriku..

Malam tadi, ke klinik membawa si kecik yang muntah-muntah.
Bertemu si dia yang pernah bertahta dihati.
Ya, memang mudah untuk pura-pura tidak menyedari.
Tapi bagaimana dengan di dalam hati ?
Perlukah aku menidakkan bagi menjaga hati.

____________________________________________________________________

Selalu aku dengarkan kata-kata yang menjaga hati.
tapi kata-kata cumalah kata-kata, tidak pernah berubah.
lalu aku mengerti, kata-kata hanya satu pengucapan.
tapi sampai bila? aku tak mahu berpegang hanya dengan kata-kata.
lebih-lebih bila kata-kata cuma hanya bayangan.
_____________________________________________________________________

Pernah dulu, aku punyai impian..
Tapi impian aku hancur dan berkecai..
Lalu, aku sandarkan pula pada harapan,
Tapi harapan aku layu lalu berguguran..

makanya.. untuk hidup yang akan datang,
aku hanya mampu berdoa, redha dan tawakal.

Nadia Amat

2 comments:

  1. be strong,
    org putih selalu habaq kat cheq

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..baguih la hang..
      kawan dengan org putih la nieh.!
      haha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...