Saya harap awak sudi tunggu saya. tapi saya perlu masa lagi untuk perbaiki diri saya. Sekiranya awak sudah tak mampu bersabar, saya doakan awak bahagia bersama dengan orang yang awak pilih. Saya pun tak mahu awak bersama saya jika awak tak bahagia. Tak guna awak merasa bersalah atau serba-salah. Andai kata kewujudan saya tak mampu mengubat duka awak, saya rela menjadi payung untuk awak berteduh dan menjadi tisu untuk menyapu airmata. walaupun saya bukan siapa-siapa pada awak. saya sudah terbiasa keadaan macam ni .Tangisan dalam kerinduan adalah mainan hidup saya. Saya tak perlukan bukti untuk menunjukkan cinta saya. Cukuplah sekadar saya berdoa pada Allah untuk menjaga dan menjauhkan awak dari siksa api neraka. Walaupun saya sukar untuk melupakan seseorang tapi saya percaya Allah akan memberi sesuatu yang indah untuk saya..
No comments:
Post a Comment