every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers

October 30, 2012

Basikal dan cinta


Assalamualaikum.

Lumrah alam, setiap benda diciptakan berpasangan.
siang dan malam.
langit dan bumi.
lelaki dan perempuan.

Dan selalunya bila ada lelaki dan perempuan,
mesti la ada nafsu errrr bukan tapi cinta.!
Bila bercinta memang sangat best..
walau ada buruk tapi nampak selalunya elok.
bukan nak kata buta, tapi tutup mata.

Ala, cinta nie pendek kata kena cincai kira.
tapi bila dah terlalu cincai sangat tu yang ................
(maaf aku takda ayat sesuai yang nak mengambarkan perasaan tu)

Cinta nie sebenarnya banyak mengajar kita untuk mengejar satu erti kehidupan.
macam masa belajar basikal kecik-kecik dulu. mesti ada jatuh kan, tapi kau takkan serik.
sebab kau tau, satu hari nanti pengalaman tu yang akan ajar kau cara nak bawak motor.
ok aku memang lemah dalam perumpamaan, tapi kau paham maksud aku kan.?

Dulu masa belajar main basikal, mesti kau akan jatuh.
masa tu kau akan menangis, kau rasa sakit, mesti berdarah luka-luka.
sama jugak rasanya dengan cinta bila tak kesampaian.
bezanya cuma kau tak nampak dekat mana yang berdarah, kau tak nampak luka kau.
tapi seluruh badan kau akan rasa sakit tu..

Pengalaman aku sendiri memang sakit.
rasa nak ambik pisau, tikam hati orang yang kau cinta tu.
kalau kau pernah bercinta kau akan faham.

Aku pernah merasa cinta yang betul-betul cinta tiga kali.
tapi mak aku kata aku tak pernah cinta sesiapa.
entah la kata siapa yang benar. aku pun tak tahu.

cinta pertama muda dari aku setahun.
cinta kedua aku dah sampai ke fasa yang kukuh.
cinta ketiga dah betul sungguh-sungguh.

tapi sayang, semuanya aku lari tinggalkan.

cinta pertama memang kebudak-budakan.
cinta kedua memang mengecewakan.
cinta ketiga memang kepalsuan.

jadi apa maknanya cinta bagi aku?

Kau pernah tengok cerita korea tak.
Hero heroin mesti naik basikal sama-sama.
kalau tak pandai salah seorang akan ajarkan.
bila jatuh berdua. bila sakit rasa sama.
lepas tu sama-sama pandai naik basikal.
kayuh basikal tak laju tak pelahan.
mesti dekat taman atau pantai.
sambil tengok keindahan alam.

cinta tu tak boleh saling tuding jari.
macam bila naik basikal sama-sama then jatuh.
kau tak boleh salahkan orang depan sebab tak tau pegang handle.
kau pun tak boleh salahkan orang belakang sebab tak tau imbang badan.
cinta tu bukan pikir macam mana kau jatuh, tapi macam mana kau nak bangun.

itu la cinta.



2 comments:

  1. cinta ni kadang2 boleh membuat org keliru..

    ReplyDelete
  2. betul tu..tp cinta kerana ilahi insyaallah akan membuka mata dan minda. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...