every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly

October 24, 2012

Reason saya panggil dia "IMAMku"


Kadang-kadang ramai jugak yang salah tafsirkan, bila kita gelarkan seseorang tu dengan satu panggilan.
Dulu, yes dulu-dulu aku pun pernah panggil pasangan dengan panggilan ala-ala manje gituw.
bukan ape bila bercinta tak best la kalau still panggil kau aku.. kasar bahasa and bunyinya..
kalau panggil saya awak pulak memang dah tak kasar.. tapi kan....
kalau si dia kuar dengan orang lain nanti takde la orang tu tau dia dah berpunya.
so untuk meng'kantoi'kan si dia. kene la create panggilan yang ala-ala gedik gituw.
macam kanda dinda, baby hubby, abg sayang, papa mama, busyuh musyuk, etc la ye.

Apa kene mengena dengan panggilan Imamku tu?
oke panggilan tu pun aku create untuk seseorang.
tapi yang pastinya tak tau lagi sapa orangnye ye..
belum untuk hari ini, tapi In Sya Allah untuk satu hari nanti.
sapa yang ada Imam tu, beruntuk la.
so gunakan kemudahan yang ada tu sungguh-sungguh la hendaknye.
tapi jangan duk tayang jaja sana sini je dah le.

1) Orang yang dikagumi dan hormati.
bagi aku Imam tu seseorang yang kita kagumi dan hormati. so itu la pandangan aku pada si suami, seseorang yang akan aku kagumi dan hormati.

2) Pemimpin
dia la seseorang yang akan menjadi pemimpin aku, setiap tindak tanduk aku.. dia la yang akan berikan jalannya, namapun syurga aku pada dia, jadi haruslah dia yang diutamakan.

3) Penasihat
bila aku rasa kekurangan pada sesuatu, dia la tempat untuk aku curahkan. dan dia tahu macam mana nak bagi nasihat yang aku boleh terima.

4) Penyabar
kenapa aku kata Imam nie sabar? sebab kalau tak sabar mcm mane dia nak ada makmum yang macam-macam kerenah kan. Imam aku kena banyak bersabar dengan isteri, anak, keluarga and orang sekeliling,

5) Imam
bukan aku tak boleh nak terima Imam dekat masjid, cuma kalau boleh bawak balik Imam dekat rumah lagi best kan. macam kalau kita pinjam telekung surau dengan bila kita pakai telekung sendiri. kan lain rasanya. tapi kalau ada masa pergi la masjid tau.!


Bila aku kata Imam aku macam dekat atas tu bukan aku maksudkan dia perfect,
bukan aku maksudkan die terlalu baik.
Imam aku orang biasa je, tak kaya mana, tak hensome mana pun..
dia pernah buat silap, tapi yang pasti die kene tahu kesilapan dia. Itu pasti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...