every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly

July 31, 2011

30 july 2011

baru sekejab tadi balek dengan dia.
aku teman dia seharian..dia sakit..
dan aku tak sampi hati nak tolak lagi.
lagi dia mintak nak aku yang teman dan jaga dia..
aku buat tu..aku cuba..
kami dah pun berbaik semula..
sebabnya. biarlah hanye aku yang tau..
ya, bila dia macam tu.. aku jadi lemah.
tapi hati aku macam mana?
biar la hanya aku dan tuhan yang tau.

masuk je rumah..aku tengok anak-anak baru kami..
itu kata dia, bagi aku pulak..
dorang cumalah haiwan. takkan jadi anak aku.
dan tekejutnya, cico dan pun kaku..
ye..dia mati..dan aku terus rasa besalah.
aku tinggalkan dia. walau aku tau.
danish buat sometg mase kami nak kuar..
yang dapat aku pikir punca cuma satu..
cico kesejukan. ya dia masih baby lagi.
bunny pulak memang tak boleh sejuk.
terus aku bagi tau dia. dan dia pusing balik.
dia tanam kan cico depan umah.
dan aku pulak rasa bersalah sampai menangis.
yang lebih aku besalah, aku marakah danish.
dan danish tanya aku balek..
"mama tak sayang abg, mama syg dia (cico)"
aku tergamam..dan tak tau nak kata apa.
the best part is.. danish say..
"abg minta maaf..janji,tak buat g"
dan cium tangan mama papa..

~maafkan mama..mama lalai sayang.~(T_T)


July 30, 2011

kelu dan kaku




malam tadi dia sakit lagi dan lagi..
dan mungkin kali ini yang paling teruk diantara yang teruk-teruk.
setelah kejadian teruk yang berlaku.
dan adakah salahku bila semuanya dia yang lakukan.
salah untuk aku berdiam??

aku cuba buang. dan akan buang..tp mana caranya.
oh, hati...akan ku pujuk rayu kau.. usahlah duka melara.
dan masa.. kau temanilah aku. untuk pengubat luka.
bersabarlah jiwa..ini cuma untuk yang terbaek diakhirnya.
wahai takdir.. akan jua aku turuti kemahuanmu.

dia..hanyalah terhukum oleh tindak lakunya.
aku jua menerima hukuman untuk itu.
sakit hanya di tubuhmu.. dan sakit ku ada di jiwa.
bolehkah kiranya aku, memgubati jiwa untuk sekian kalinya?
dan apa pun terjadi, sakit itu akan berbalek padaku jua.

alasan..cukuplah sampai disitu..aku terlalu muak.
dan kata-kata hanyalah penambah lara dihati.
lembut bicara tidak lagi memukau ku.
malahan semuanya menjadikan aku kaku disini.
sudah-sudahlah mainan perasaan itu.

dan kini aku harus menghadapi.
bertemu dia dan sakitnya, bersama jua alasan lagi.
bertemankan hati yang rapuh akan ku harungi.
nekad ku ada disini. takdir akan aku turuti.
biar diri bertemankan sepi. andai itu suratan ilahi..

~my love..i cant love u anymore,coz u have broken it~

sebabak


dimana permulaan untuk penutup kisah hati.

setiap babak dalam layar, adakah hanya dibuat semata-mata..

jika hanya lakonan, haruskah di butakan mata dan di tulikan telinga.

dan andai realiti, akan ku tempuhi jua. PASTI!!

sekalung penghargaan untuk semua yang berjaya memegang watak.

July 29, 2011

kesabaran ada limitnye..
sekarang aku ckp cukup!
stop it..
g mampus la ngn sumenye.
aku xkan kisah ape pn g.

July 27, 2011

Welcome Cici and Cico

family kami dah ade orang baru..
jeng jeng jeng.. nieh dia..




mula-mula mmg nak belikan danish rabbit for 3rd besday dia.
but pastu bile dah delay2 beli..(salah papa) dah terase nak belikan sugar glider pulak..
ape tu? ala..g la tnye encik google sane..sangat ramai kut oke nak beli benatang nieh.
memang sangat comey.. tapi babkan danish kecik n tak pandai jage lagi.
belikan rabbit la. sugar glider mahal oke. menangis mama kalu danish buat mati. :p
oke danish nie ur prezen yang mama papa tangguh2 tu..
sory sesangat la.bajet we all sangat lari anak..

~buy cici & cico : 25/7/2011~

July 24, 2011

couple aku jahat!


percaya tak pada kata-kata nieh..
"kalau kite tak baik, kite takkan dapat orang yang baik jugak"
atau lebih boleh percayakan kata-kata yang ini..
"pasangan kita berlawanan.
kalau kita baik, kita akan dapat yang jahat.. macam tu la jugak sebaliknya"

kata-kata yang mana rasanya yang lebih boleh diguna pakai.?
perlu ke kita jadik jahat untuk dapatkan pasangan yang baik..
atau kita perlu jadik baik, untuk dapatkan pasangan yang baik jugak..

jahat? ofcouse la kita taknak kan.. siapa la nak orang jahat.
tapi pernahkan korang pikir, betul ke dia jahat..
atau dia jahat cuma dalam pemikiran korang je.
sebetulnya korang tak kenal dia dah tak tahu pasal dia.

dan bagi aku tiada orang yang baik dalam dunia ni..
kau dan aku adalah sama..tiada yang membezakan..
tak kisah la kalau situasi kita lain.
POKOK PANGKAL HATI SENDIRI KAN?

July 23, 2011

Bila perasaan mengawal emosi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mahu aku sepak si budak setan


p/s:
danish im sorry..maafkan mama.

July 19, 2011

orang jahat

kenapa dalam dunia ada orang yang busuk hati.
selagi boleh akan cuba menghancurkan kebahagiaan orang lain.
"chill la..and move on your life babe.."
jangan cuba carik aku sebab aku ada dia.
orang yang selama nie aku tunggu-tunggu.
ko nak merosakkan apa yang kami ada?
aku akan jamin, apa yang kau nak buat akan sia-sia.
trust me..
you are nothing for me..
and forever nothing.
fuck your self!!!

sebijik muka ko. walau aku tak tau sape ko!!


top 7 gurl akan buat kalau taknak kena tinggal


sebab aku ni pun gadis,
so aku tentu la tau alasan-alasan yang we all akan gunakan..
time-time darurat cam diatas tu kan..haha..
seriuz selalu ada gurl buat, n that funny oke.
so kalau korang rasa memang nak tinggalkan kan gurl  tu,
 ignore je la bila dorang buat bende-bende cam kat bawah ni.
tapi kalau korang still nak geli-geli.. layan kan la.
selamat menelaah kawan-kawan.

1~ bagi msg panjang-panjang kt hp, fb, ym n sebagainya. bajet kalau korang baca akan cair hati la nanti..n dorang leh la senyum gumbira. if aku jadik korang. aku nampak je msg masuk dorg yang send.. aku delete terus. kalau tak pun, block terus dorang dari call or msg korang. baru puas ati beb..

2~ buat-buat sakit.. ini cara jahat yang teramat la bagi aku. dorang sebenarnya nak korang rasa kesian kt dorang. so buat la camtu. kalau aku jadik korang pura-pura la konon kesian.. pastu kata nak datang melawat. tapi pastu biar dorang tunggu sampi kematu bontot.

3~ ungkit balek benda-benda lepas.seriuz annoying sangat yang ni. cakap la, bapa banyak duwet dorang dah kuar untuk korang, penah buat kan kek choc untuk korang la.. paling tak tahan ungkit yang dorang penah tito ngan korang.. WTF betina gadis jenis cam ni kan. macam la dorang tito dengan korang je..padahal list dorang panjang berjela.

4~ nak jumpa korang.. konon nak pulangkan benda yang korang penah kasi, ala, kalau taknak simpan buat kenangan. buang je la cam aku, kan senang cita.. lagi pun, nak pulang-pulang buat apa dorang penah guna dah kut. kalu tak guna tu takpe la  kan. ingat korang tak mampu ke nak beli yang baru.? siot kan memandang rendah kat korang..

5~ stalker calon-calon gurlfren baru korang..buat sad story n cita keburukan korang kat that lady. pastu buat macam korang bersalah kat dorang. biar that lady undur diri awal-awal la konon. sebab tak suka kan laki macam korang-korang ni.

6~ meroyan-royan kat fb, twitter, blog.. mengatakan semua yang terjadik bukan salah dorang, dorang sayangkan korang sangat-sangat. tapi keadaan yang paksa jadi cmtu. korang nak percaya ke eh? tepuk dada tanye otak. jangan bengap sangat bro..

7~ mintak fren dorang update konon tanye dorang kenapa.. dorang oke ke.. dengan harapan korang akan baca n carik dorang la. lagi tak boleh blah dorang suh fren dorang contact korang tanye kamu berdua kenapa. sian la kat dorang, menangis tiap masa. tak nak makan minum. tak boleh study, keje. asek memerap je dalam bilik menyusahkan mak bapak.

gelagat manusia bila malaysia lawan liverpool

seperti yang korang semua tahu, perlawalan persahabatan malaysia vs liverpool telah dilangsungkan pada sabtu lepas. aku je yang lambat update :'( bz la kenkawan sume.. tapi takpe la, sekarang aku update pe yang patut la  ni ye. setahu aku, keputusan 6-3, tapi aku sempat tengok sampai gol yang ke 4-3, we all gerak awal sebab taknak jem bila nak balek. tak tersangka la aku dalam masa tak sampi 10 minit je, leh jadi 6 gol liverpool. tak pe, yang penting malaysia dah berusaha dengan gigih kan. lagipun nieh pelawanan persahabatan je. tapi apa yang aku nak cer citer kat sini bukan la pasal APEK yang nampak down je mase tu. bab gol sangat banyak yang masuk. tapi aku nak story morry kat sini keadaan masa tu.

tiket kami...Mr. Pelik cakap berbaloi la tengok.

1) kebanyakan yang datang tu ofcouse la pakai baju malaysia liverpool.. walaupun kita buat kat stadium bukit jalil. aku? go go malaysia sudah..

2) pastu bila gol je, akan ada yang sorak.. tapi bila gol tak masuk ramai je yang mencarut-carut. siap tunjuk-tunjuk finger. patut la tak baik bawak budak-budak bawah umur. bukan takut kene rusuhan tapi takut terikut-ikut mencarut masa tengok tu.

3) ada satu pasukan sorak yang kebanyakan pakai baju colour oren, siap bawak gendang.. dan paling sweet sorak untuk harimau malaya. comey comey!! :D

4) makanan minumam secara mendadak naik harga la..whateva. makan minum kat umah sudah la.

5) masa ni la nak tunjuk kita yang paling up 2 date.. pakai bende alah atas kepala yang macam rambu-rambu tu.. boleh la nanti pinjam je, buat lap bontot aku bila bila yayak..

6) kapal terbang kertas dah semestinya ada..

7) best kut bila tiup yang bunyik macam horn tu.. tapi we all punya awal-awal dah danish jahanamkan.

hah..nampak tak bende alah tu kat tangan baby boy saya??


July 15, 2011

10 sebab lelaki kena tinggal ngn Gurlfren


1-Curang

curang ni bukan je tergolong bila si lelaki dah couple dengan orang lain..tapi bila masa dia melayan-layan betina lain jugak.. walau pun tu fren korang! tolong ingat batasan anda. so kalau ko sayang gurlfren ko and taknak kena tinggal, hentikan la perangai ko yang suka flirt tu eh..

2-Cengeng

kalau untuk gurl kami panggil gedik, so kalau lelaki takkan nak paggil gedik pulakkan.. ke aku leh panggil getis?? whatever la..korang leh tau perangai korang cengeng or tak bila korang gaduh dengan gurlfren korang. ada tak korang buat-buat sakit.. meroyan tak tentu pasal kat laman sesawang korang.. eceh.. skema kan ayat..haha. kat fb la, ke twitter..mane-mane la. then, ada tak bila korang gaduh. korang g mengadu-gadu kat sesape..itu sangat annoying ya!!

3-Menbosankan

mungkin korang tak perasan. tapi semua yang korang cakap buat gurl korang bosan. balek-balek cerita benda yang sama.. buat benda yang sama. well, gurl cepat bosan.. korang tak tau ke? baju pun kita orang asek tukar..bukan cam korang yang setiap minggu pun pakai baju sama..kami bosan tahu..tak reti ke nak buat suprise sikit!

4-Penipu

berjaga-jaga la kalau korang jenis macam ni.. sikit-sikit korang tipu sunat. banyak la kan, sikit-sikit bagi alasan. walau pun gurlfren korang konon-konon buat percaya korang, tapi for sure la aku cakap yang dorang sangat muskil dan was-was. korang jangan anggap dorang bodo. dia tunggu masa nak tinggalkan korang tu.

5-Tak Boleh Memimpin

korang terlalu ikut telunjuk gurlfren. ape dia cakap korang ikut cam lembu kene cucuk hidung. tapi kalau korang memang lembu, teruskan la.. and GUD LUCK OKE!

6-Tak Hensome

makin lama couple, makin selekeh.. gurlfren nak kuar dengan korang pun segan kut. macam jalan dengan mamat indon mane. per-lis la. macam mana we all nak hadap muka korang lagi 10 tahun akan datang?? sila pikirkan..baik angkat kaki dula la..

7-Lemah

sikit-sikit nangis..eh gurlfren korang pulak naik heran. sape yang ada naluri wanita ni? korang ke dia..sikit-sikit touching bagai.. sepak muka korang nak tak?

8-Mempergunakan

ni yang paling lemah la.. buat baik ada makna.. nak pinjam duwet la. nak ringan-ringan la. tolong buat assignment pulak. tolong carik keje ye pastu. yang best, dah dapat semua korang blah.. memang nak kena potong kepala korang tu agaknya..

9-Kedekut

bila kuar je korang berkira nak bayarkan apa-apa..makan pun bayar sendiri-sendiri. pastu siap selang 5minit korang mention yang korang takde duwet.. cam harem la. buat gurl tu pikir sepuluh kali.. korang ni boyfren dia ke? bukan eh? bukan kan??

10-Menghampakan

korang suka janji macam-macam tapi tak buat. ingat oke, gurl tak pernah lupa apa yang korang cakap dan janjikan. dan bila korang tak buat something tu. dorang ingat sampai ke mati walaupun dorang tak terus terang cakap. so sebelum korang janji better korang pikir dulu pakai kepale otak tu, jangan sedap mulut je la..sekali korang menghampakan, sepuluh kali korang akan rasa benda yang sama.. so watch out dude.


July 14, 2011

10 sebab gurlz malas SOLAT

erk..pesal gurl je..laki pun ramai kut malas solat kan?
saya berat sebelah la..oh bukan-bukan.
saya just tulis pasal gadis kat sini bab saya pun seorang gadis..
saya tau apa yang gadis lain rasakan..
so check it out bebeh..


1-bab kene ambek air sembahyang.. so kene basuh la make-up.. bile basuh make-up tak chantek la kan. tapi sebenarnye korang tak tau yang air sembahyang tu leh membuatkan naek seri muke..lagi chantek kut kawan-kawan sume.

2-kuat kentut...bile kentut kan kene ambil air sembahyang balek..leceh la..kan2?

3-lagi bab cam tak best je g surau/masjid.. buang mase. lagi best kut g shoping.. or on9 tulis blog lagi best kan..huhu

4-rase dosa tak banyak.. so bila tinggal solat rase takde pape sangat la. dosa-dosa kecil je kut. nanti-nanti pun boleh solat.

5-dosa terlalu banyak.. sampai rasa malu nak mengadap yang maha kuasa. lagi pulak tak tau camne nak sujud pada enmpunya diri.

6-kawan-kawan sume tak solat.. so kene g solat sensorang..TAKUT LA.. kang jumpe hantu plk.

7-ala..saya belum mandi wajib..camne eh? takyah la solat.

8-tak tau bacaan arab.. mak bapak dulu anta sekolah gomen je. sekolah ngaji takde. kelas agama kat sekolah gomen kan dalam 2jam je, mane la sempat nak belaja sume kan..

9-period la..pas abes period pun rase malas nak solat lagi..tggu esok la.. esok, tggu lusa la..aleh2 dah period balek..

10-bayak sangat keje. masak,basuh kaen,buat susu anak. sampaikan solat lima minit pun tak sempat..

nota hati : sekadar untuk renungan bersama.. untuk lebih mendekatkan diri dengan DIA yang satu..

July 12, 2011

Tahajjud Cinta




Merpati
Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang
Terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam
Selamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapan kah jadinya
Aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu
Bersama kasih kembali mesra
Bercumbu lagi memadu satu
Janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi
Yang terang
Selamat berpisah
Kenangan bercinta

nota haty : baru je lepas tengok episod 1 cerita ni dekat youtube. dan rasanya best la.. sangat-sangat best kut. so mari la tengok bersama-sama ya semua wanita. cerita dia ada mesej yang ingin disampaikan. most important, boleh dijadikan pedoman untuk kita wanita sekalian. supaya lebih kuat menjalani hari-hari mendatang.. dan yang paling penting semuanya berlandaskan agama islam. dan berpegang teguh dengan landasan itu. sinopsis cerita ni adalah seperti di bawah :

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan suaminya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan. Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya. Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy). Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

July 08, 2011

hari ini

:)
tak perlu kata apa-apa..
semuanya ceria dan sungguh wonderful..
seperti Mr.Pelik saya..

sangat sweet bila malam tadi dia..
temankan saya buat agar-agar.
untuk apa? ada makan-makan di office..
dan itu permintaan untuk buat dezert,
seperti saya buat sebelum ini.

dan hari ini dia hantar saya ke office..
(sebenarnya nie 1st time dia hantar)
balik pun dia akan ambil nanti.
(yang nie dah selalu..haha)
nak buat apa ya balik nanti...??

masa kini.. dah stop msg dia.
coz kreadit saya dah habis.
la..tak perasan oke..nie baru je dia msg..
"syg tupop cpt. Hubby windu..Umm"
baru saya perasan yang kami sentiasa msg tak kira waktu.
tak kira sesibuk mana pun kami..
"wife miss u too hubby..:'("

July 06, 2011

konon baek la bile ber"TUDUNG"?

perh... ada siapa-siapa terasa tak dengan entry aku hari ni?
atau ada yang nak membangkak?
well ada aku kisah?? haha...

bukan maksud aku semua yang pakai tudung tu sama perangainya.. bukan semua jahat.. tapi banyaknya yang hipokrit la. cuba tanya diri korang sendiri.. kenapa pakai tudung?? sebab dari kecik memang dah dididik pakai tudung, memang kebiasaannya mak bapak korang akan pakaikan korang tudung. even umur korang masa tu baru 2tahun...

atau sebab sekarang dah IN pakai tudung ni? look at Yuna, Hana Tajima. korang nak jadi macam dia orang kan? ya..korang memang copy paste yang sangat sempurna. korang boleh tiru orang sebijik-sebijik kan..tetttt.

atau sebab korang bakal kawen, dah kawen atau dah punyai anak. so kena la pakai tudung.. untuk orang takkan cakap korang buang tabiat!! tambahan pulak bila suami korang dah keluarkan ayat yang macam nieh..."pakai la,tutup aurat.. dosa ayang tu abang yang tanggung." atau kalau laki korang kata macam ni lagi sadis.. "pakai la.. awak ingat cantik sangat ke rambut awak yang mengerbang macam hantu kak limah tu?" mau berdarah kut hidung korang kalau kena sound tepek camtu kan..haha

atau..korang pakai tudung sebab korang nak melengkapkan diri korang masa mengadap yang SATU nanti. nak menjadi wanita solehah yang boleh menjadi bidadari di syurga sana. alhamdulillah kalau itu niat dihati..insyaallah akan diberkati.

(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)

sebolehnya aku pun taknak cakap pasal benda diatas.. maloo kut. kitakan seagama. tapi bila direnung kembali.. aku kena terima walaupun pedih.. sedih. tudung itu tak lebih dari tempat menutup aib yang ada. kenapa? cuba korang pergi la kuar hujung minggu.. perhatikan orang yang ada kat sekeliling.. tak payah nak kutuk awek hot yang korang nampak tu. YES!!.. dia lawa. kurniaan yang diatas sana. salah ke dia? dan korang kutuk dia, sebab dia diciptakan sempurna paras rupa.. jangan jadi manusia yang dah buruk muka dan hati. sekurang-kurangnya adalah salah satu.. dan bonus kalau ada kedua-duanya.. amin.

tengok couple yang aweknya pakai tudung tu.. nampak tak mana tangan boyfie dia tu berada? dekat pinggang. dan si awek tu pulak.. kejab duk betulkan baju boyfie dia. kejab dok mengesel-gesel paha.. What the fish? oh..lupa pulak.. kan ada baju..tak sentuh pun kan. ya, ya...memang tak dosa la.. pastu bila dah terlanjur boleh salahkan yang tidak bertudung ni. pakai baju seksi sangat. sampai lelaki tengok pun tergugat iman. tapi asal korang tak rogol je yang seksi tak pakai tudung tu, biar padan muka dia. tapi ni korang g praktiskan ape yang korang nanpak tu kat awek korang yang tudung litup tu..pandainya kan.

pastu lagi.. boleh la korang jadik stalker. g la satu-satu blog.. tengok apa yang duk orang merapu panjang-panjang kat page tu (terasa).. tengok la yang islamik sikit. sikit-sikit je cakap suka tengok halaqah.. sikit-sikit cakap pasal solat. sikit-sikit je cakap sal berdoa, redha. tapi hakikatnya. bila call orang lain. boleh memaki hamun. sangat bersopan santun kan.? memang dalam islam ajar kita cakap kasar kat orang lain. boleh gelar orang tu dengan gelaran yang korang nak.. even korang tak tau orang tu macam mana. (ni pengalaman aku oke)

lagi pulak, cuba la g search kat muka buku..tengok awek-awek yang bertudung ni punya status... memang la desperate teramat sangat.. "aku cintakan dia, tolong tuhan jangan ambil dia dari aku. aku akan mati tanpa dia" "dah tak boleh nak menghadapi hidup ni lagi,kenapa si polan merosakkan hidup aku" "bosan la,sapa nak teman g tengok movie ni".. aku sangat la geli bila ada ayat-ayat camtu. bajet update status tulis camtu? untuk bagi tau orang-orang berkenaan yang korang tu perempuan baek dan tak patut diperlakukan sesukenya ke?

Gurlz..tolong la bangun, jangan nak lembek sangat la. bajet nak suh orang back up belakang korang je. ape orang buat tak penting. yang penting korang sendiri jaga diri, maruah.. dengan sendirinya orang takkan boleh nak apa-apakan korang. cam ape je la kut. rase nak sepak-sepak je muka korang tau biar sedar sikit!!

oke la..dah terlalu panjang pulak entry kali ini.. biasa la..emo lebih bila dah menanti hari nak kibarkan bendera merah nie. so kesimpulannya hari ini, aku nak katakan.. tudung tu bukan trend, boleh pakai untuk suka-suka. pakai t-shirt pendek,sendat.. pakai tudung.. nope! it's not oke. lagi pulak, silalah buat yang penting dulu contohnya solat 5 waktu. puasa.. n tinggalkan larangannya (tak perlu nak betepuk bertampar sangat la.. tak yah nak konon-konon korea suh encik boyfie korang gendung semua) geli oke.. ni entry khas untuk yang bertudung sahaja.."renung-renungkan dan selamat beramal" <-cakap kat diri sendiri..

July 04, 2011

perihal YM

ape tu ya YM?
erm..klu tak tahu, pergi la tanya kat encik google sana ya..
saya malas nak terangkan panjang lebar di sini..
.
.
.

okey dah tau kan sekarang apa tu YM...

senang la nak teruskan cerita kite pada hari ini lagi.
so kenapa ada entry ni?
kerana saye rase someting yang..
funny kut..

ingat lagi pada Mr. Pelik saya?
ya..dia tu la..
yang banyak menyemak kat page ini.huhu

di pendek kan cerita..
baru-baru ni dia dah dapat tau semua pasword saya.
(padahal memang semua pun pasword yang sama..hurm)
okey..tak kisah la.
saya tau pasword dia dah lama dulu kut..
dia saja yang lemb bukan main..
kan kawan2?

nak dijadikkan cerita..
dia pun buat la sesi check mengecheck
yang saya pun tak tau sebenarnya dia ada buat.
rajinnya.. macam gugurl pulak la.
tapi tu la hakikatnya..
dia tak kasi saya on9 sangat.
tapi rupanya dia yang reply.
OMG kan.. ala, tak la.
saya tak tekejut sangat.biasa je kut.. ;p
just cam funny coz..
nampak sangat kejealousan di situ.

saya yang selalunya main check2 ni pun tak replykan.
dia pulak yang lebih-lebih..
"chill la hubby.."
sayang memang dah lama tak buat semua tu dah.
nak on9 pun tak sempat kut..
 kalau hari-hari dah kita berdua je.

L.O.L

July 02, 2011

same-thing

like u r sayg before..
"if boleh lagi angkat call n msg, sure dieh oke punye"

then when this happen, im thinkg..
"if boleh lagi msg n update fb, surely u r fine"


~LOL~

persoalannya??

jangan di tanye samada aku oke..
jangan di tanye kenape aku begini..
jangan di tanya mengapa aku diam..
jangan di tanye ape membuatkan aku berubah..

kerna semuanya berpunca dari dirimu..
dan persoalan sepatutnya adalah..


"mengapa kau begitu?"

dalam satu masa

1st...

2nd..

3rd..

oke stop it.. aku tak tahan..
so better we'r not say anytg.
hope u will be fine..insyaallah.
amin.

jarak

antara kita

~kau~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~aku~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...