every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly

January 17, 2012

entry nie betul panjang. tak perlu lah baca. nanti penat!

Hye everyone.. lama jugak tak update blog nie kan?
xrindu ke? mesti la rindu.. tapi banyak sangat yang nak diuruskan.
banyak yang direncanakan tapi mungkin takkan jadi lagi.
ye hari yang ditunggu-tunggu tu mungkin takkan jadi lagi.
bukan delay tapi terus cancel.. eh macam tren pulak dah kan.
nak buat macam mana..terikut-ikut dengan ktm kut..

Mungkin ini yang terbaik untuk kami..
banyak yang tak sefahaman dan macam-macam yang jadi.
penerimaan aku pulak macam mana..?
biasa la. ada yang rasa tak boleh terima, tapi dah pun jadi.
so terima je la dengan redha and ikhlas.
atau perlu ke aku kata yang aku pasrah.!
__________________________________________________________________________________

Persiapan kami pun dah hampir 70-80%..
apa nak buat dengan semua tu? buat apa lagi..
yang aku uruskan..aku akan cancel semuanya..
dan yang dia buat, die kata nak jual semuanya.
terkilan hati aku kat situ. mungkin die takkan rasa.
sebab sebenarnya aku la deco, aku jugak siapkan segala persiapan dia.
sampai habis tangan aku kena gam yang panas tu.
dengan tak cukup rehat dan tito untuk buat semuanya.
die just keluarkan duit. tp aku buat semua dengan hati.
dengan harapan yang mengunung,
dengan ikhlas menerima,
dengan cinta yang tak berbelah bagi.

Mak aku, terdiam disitu. dan tak tau la kalau dia jatuh sakit atas sebab ni jugak.
aku tak nak tanya pun, sebab bila tanya keadaan akan jadi lebih keruh lagi.
yang aku tau aku perlu buat mak aku macam sedia kala. itu yang penting.
dan belah keluarga dia aku tak tau macam mana.
die ada suruh aku yang cakap dengan mak dia.
tapi perlu ke aku?
aku tak pernah bagi harapan atau bercakap hal ni dengan mak dia.
bukan macam die yang bagi harapan pada mak aku.
bincang tentang date semua, tapi bila tak jadi, aku yang perlu tanggung semua.

kesayangan aku tu pulak?..mungkin pada awalnya danish tak boleh terima.
masa dia datang ambik semuanya. ambil balik hati dia dari aku..
danish ada depan pintu. dan tengok semua yang terjadi. dan danish ada jerit..
"papa, abang sayang papa"..
betapa luruh hati aku masa tu.. betapa dia sangat sayangkan papa dia..
aku ke yang dah rosakkan segalanya, aku ke yang bersalah masa tu.
dan si dia ada suruh aku bacakan msg untuk danish.
pertama kalinya air mata aku jatuh bila baca msg tu.
dan pesanan tu pun aku dah sampaikan pada danish.
msg tu tak dapat aku kongsi sebab aku dah delete msg dari dia semuanya.
akhirnya dia kata, "mama, papa sayang abang"
dan aku cuma mampu tersenyum.. apa lagi yang boleh aku katakan?
tapi hari ini, di saat aku menaip entry ini.. danish faham dan tau.
si dia bukan lagi papa dia. tak perlu lagi aku ajar untuk kali ini..
dia sendiri dah katakan pada aku " mama, abang takde papa"..
dan tak pernah aku salahkan dia sekali-kali.
malah terima kasih sebab membuatkan anak kecil aku kenal erti "papa".
__________________________________________________________________________________

mungkin ramai yang kata, semua salah aku.
aku degil dan aku keras kepala.. aku nak semua macam yang aku kata.
tapi bila difikirkan apa yang aku nak tu, pernah dapat ke?
bukan setiap kali nanti.. aku yang akan mengalah.
ramai yang boleh berkata dan menilai.. tapi tak semua tau apa yang terjadi.
aku ada jugak dapat nasihat-nasihat dari ramai orang.
ada yang kenal ada yang tidak..
dan aku tau ada jugak yang sampai berhubung dengan dia.
but the true, tau ke korang apa yang aku tanggung selama dengan dia.?
aku tak kata aku tak pernah happy dengan dia.
aku tersangat happy. lebih-lebih lagi aku betul-betul cintakan dia.
dan aku tak pernah main-main dengan hubungan yang ini.
tapi perit aku dengan dia. apa yang pernah dia lakukan sepanjang kami bersama.
kesalahan-kesalahan die. perlu ke aku bagi tau korang jugak?
memang setiap manusia tak pernah lekang dari membuat kesalahan.
aku pun macam tu, manusia biasa.
tp kalau kesalahan tu sampai menjadi duri dalam kehidupan?
perlu ke aib tu aku bukak satu persatu.. nope that not me.
biar orang menilai aku teruk, aku kejam, dan aku keras kepala.
tapi untuk aku katakan semua dekat sini. tidak sekali-kali.

mungkin juga semua nie ujian dari allah..
allah mungkin nak bagi yang lebih baik dari sekarang.
aku terima seadanya dan aku teruskan hidup selagi aku masih bernafas.
walau sedalam mana pun cinta yang ada, aku takkan mati sebab cinta.
aku bernafas kerna allah, dan hidup mati aku adalah ketentuan allah..

nota haty : bila sampai masanya aku akan buang semua berkaitan si dia. cuma masa ini aku belum cukup kuat. doakan aku akan jadi kuat..

4 comments:

  1. Ya Tuhan,
    berikan lah sahabat hatiku ini kekuatan dan kesabaran..
    sesungguhnya setiap apa yg dilaluinya adalah ujian yg sudah EngkaU tentukan,
    tapi aku mendoakan akan ada CAHAYA CINTA yg luhur serta ikhlas buatnya,
    cinta kpd manusia sememangnya tidak kekal,
    adakala menyakitkan dan menguris hati walau dlmnya tersisip episod bahagia,
    tidak seperti cinta kpd MU,
    yg mana ianya adalah cinta yg terangung...

    aku turut merasa kesedihannya,
    berdiri dan bangkitlah sahabatku...
    andai setakat ini sahaja lipatan sejarah cinta korang,
    redha dan ikhlaskan semua itu...
    memang perit,
    tapi percayalah,
    Allah itu lebih mengetahui segala liku perjalanan hidup kita.

    kita hanya mampu merancang...
    walaupun cinta tak bersatu,
    INSYALLAH...
    akan ada yg lebih baik sudah direncanakan buat hidupmu NADIA..

    NOTA HATY : i did cried,read ur entry while listen to ur background music..SUBHANALLAH...i wish to be beside u and wipe all tears thats come out from ur eyes.but i know u are strong babe..remember ya,i'm always here for u.love & hugs from me..shima.

    ReplyDelete
  2. takpe ma, macam yang kau katekan..
    cinta pada manusia tidak kekal.
    walau jika die ditakdirkan menjadi suami.
    tak semestinye di akhirat nanti,
    aku akan menjadi bidadari padanya.
    cinta yang kekal hanya pada allah yang satu.
    dan aku tau allah tu maha adil.
    mungkin hari nieh die turun kan hujan..
    tapi mungkin esok akan ada pelangi yang mewarnai.
    dan kau kawan yang sentiase ada bila aku senang n susah.
    kawan yang memang tak akan ada galang gantinya.
    i luv u to ma.. hug u.
    :')

    ReplyDelete
  3. Insya`Allah,
    akan ada penggantinya.
    Bertabahlah kawan blog.
    Tiap ujian ada hikmahnya.
    Dan DIA tak akan uji hambanya dengan ujian yg hambanya tidak mampu hadapai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. akan sntiasa tabah utk menempuhi hari2 akn dtg..
      :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...