every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly

January 22, 2012

Menyongsangkan kata-kata Ustaz Azhar Idrus?

Salam kawan-kawan semua..
semoga kita semua dalam keredhaan Allah.S.W.T..
kenal tak korang semua dengan Ustaz Azhar Idrus?
seorang yang sangat famous and dikenali ramai..
actually, aku tak lah tau dia siapa sangat..
cuma tau Zizan pernah mintak nasihat dia suma..
dan paling penting aku selalu bace dekat facebook..
orang share ape yang ustaz nie katakan...


memang takde salahnya kata-kata ustaz nie..
aku paling suka satu ayat dia yang di share dari kawan-kawan iaitu...

"TAK SEMESTINYA KENE BERTUDUNG,
CUKUPLAH SEKADAH MENUTUP AURAT"

lebih kurang macam tu la ayatnya..
aku pun harap aku boleh buat benda tu..
aku bukan setakat nak menjadi wanita yang bertudung.
tapi aku nak jadi seseorang yang menutup auratnya.
dan aku tau menutup aurat itu wajib..
aku taknak jadi orang yang pakai tudung,
tapi baju lengan pendek, baju jarang, atau baju ketat metat..
tudung bukan satu fesyen walau tudung boleh digayakan dalam perbagai cara.
oke la, dah melalut bayak sangat pasal diri sendiri..
aku sebenarnya nak share dengan kata-kata seseorang pada aku..
kata-kata yang dia copy cat dari Ustaz Azhar Idris nie..

"ORANG PEREMPUAN YANG LAYAN DAN BERKAWAN DENGAN RAMAI
LELAKI TIDAK LAYAK DIJADIKAN SEORANG ISTERI"

mungkin itu pegangan hidup dia, aku terima takda salahnya dengan kata-kata tu.
tapi bila itu yang dijadikan untuk menilai seseorang..
aku tak tau itu berlandaskan hukum agama atau kerana ego dlm diri.
ya, aku akui ada mereply chat selagi aku rasa tak melanggar batas pergaulan.
apalah salahnya bertanyakan khabar antara sesama manusia.
salah ke? bila kita menjawab salam atau hi didalam chat box.
dan si polan yang berkata pada aku tentang kata-kata diatas,
juga melakukan perkara yang sama dengan aku.
cuma bezanya, dia adalah kaum adam..
aku cukup faham kenapa ustaz tidak mengatakan perkataan di atas dengan "LELAKI".
sebabnya lelaki dibolehkan berkahwin empat berlainan pula dengan wanita.
tetapi adakah berbaloi untuk menilai calon isteri hanya dengan kata-kata diatas?
kata-kata seorang ustaz yang di jadikan prinsip dalam hidup.
bukankah dalam al-quran sendiri ada menulis hadis tentang,
wanita-wanita yang sepatutnya dijadikan isteri..

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

tak perlu rasanya aku update calon-colan isteri dalam islam.
sebab aku pun tak layak lagi nak kata soal agama.
aku pun masih baru nak belajar untuk semuanya..
tapi rasanya lagi elok untuk kita pegang pada perkara wajib dahulu..
buat apa solat sunat kalau, solat wajib tak cukup lagi?
untuk si polan, mungkin patut carik ciri-ciri wanita macam ni dulu..
sebab aku tau diri dia pun tak layak lagi untuk dapat wanita macam ustaz tu kata.

1) bersolat
2) berpuasa
3) menutup auratnya
4) menjaga kehormatannya
5) menjaga kelakuan dan percakapannya

diri aku sendiri masih belum boleh dikatakan sebagai wanita solehah..
insyaallah satu hari nanti akan tercapai semuanya.
maaf entry ni bukan untuk mencaci atau menyalahkan sesiapa.
cuma untuk berkongsi pendapat dari aku,
seorang yang masih cetek pengetahuan agamanya.
dan mungkin korang semua yang dah ada pengetahuan agama..
boleh share apa pendapat korang..

p/s : ada seorang hamba allah pernah hadiahkan aku buku Wanita Solehah, buku tu merangkumi semua kehidupan.. apa yang patut seorang wanita buat semasa single dan setelah berkeluarga. Untuk wanita bekerjaya dan wanita yang menjadi suri rumah tangga. dan apa yang sepatutnya kita buat bila menhadapi sebarang situasi yang tak pernah kita hadapi.Sesungguhnya wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga..

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

5 comments:

  1. dear.. i pown x berapa nak faham ngan ustaz ni.. pupularity ustaz ni naik mendadak... hurm, ustaz alaf baru memang mcm 2 kot...

    ReplyDelete
  2. dear kalau boleh, removed la word verify tuk komen... -) sometimes ada yg malas nak type... n kadang2 diorg x perasan.... have a nice sunday. come visit ye ^_*

    ReplyDelete
  3. thanks cinta amerqastrina..
    i xslahkan ustaz tu pn..
    i tau ape die kate mmg betul.
    i cume rse byk org slah aggap ape yg die kate.
    n jadikn tu alsan..

    ReplyDelete
  4. =)
    Suka tajuk kali ini..btul la 2"PEREMPUAN XWAJIB PAKAI TUDUNG TAPI WAJIB TUTUP AURAT'..hee..awk pun pham maksudnya tp sy suka pe yg awk coment tntg 2..

    ustaz ckp dlm ceramah dia yg brsama ustaz kasim..ni link nye.. http://www.youtube.com/watch?v=IDoEzMinq68
    sebenarnya..boleh nk bbual n sembag gn laki2..sperti chat,msg or call..tp kita hdup xlari dr hukum sperti wajib,harus,sunat n makruh..klu kita da hal pntig tok bbual hukumnya harus,bila saje2 hukumnya makruh n klu bual timbulkan syahwat hukumnya haram..

    moga awk jadi wanita solehah.."sebaik2 perhiasan didunia adalah wanita solehah"..insyaALLAH..aamiin..=D

    ReplyDelete
  5. thanks iszie.. utk pendapat awk tu..
    sy pn rse tak slah utk bercakap/chat/msg/call lelaki.
    tp kene la ada gayanya. xde la ckp ape yg myongsangkan akidah.
    sbliknya bkongsi pndapat utk bnde yg bfaedah.
    sbenarnya bagus jgk knal rmai org.
    spaye kite tau tingkah laku manusia.
    tp 2 la..kadang2 sbb ego org ckp apa yg dia rasa patut.
    bukan macam suruhan agama..
    insyaallah.. oneday akn jadi wanita solehah jgk,masih blaja lg..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...