every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers

August 23, 2010

Beauty of Math!

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888


Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:


1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111=12345678987654321


Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?

What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to

GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help

answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


THEN, look! how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will

get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

August 19, 2010

adakah die mengurangkan pahala puasa?

aku tak tau pe masalah officer tempat aku yang sorang nieh.. macam sangat bermasalah.. lalu tempat aku tiba-tiba cakap bau sambal ikan bilis bagai. konon perli la.. aku tak puase ke ape ke, ade aku mintak duwet bapak ko ke beli makan?? dulu pun ko penah cakap merepek-repek.. aku nak ajar al-maklum la aku nie lagi mude dari ko. jarak usia tu sangat jauh la.. kang aku ajar sal pompuan period setiap bulan kang.. malo pulak ko... ko pikir la, ko laki kang kalau kawen t, anak ko ikut perangai ko pulak.. kalau la boleh ade anak kan, al-maklum umur ko tu dah lanjut.. tahap nyawa-nyawa ikan dah nak kawen. and 1 more think la.. dari ko menyebuk jage tepi kaen orang.. baek la ko g kedai rambut.. potong rambut ko tu. meluat kut sume orang tengok. ko bajet ko hensem ke ape kut.. then ari nieh kan ko duty kat bic, buat pe la ko nak menyemak kat atas nie ha. ko bukan la suke buat keje sangat pun.. chermin la diri ko tu. bajet cam ko tu dah bagus sangat. padahal haprak.. sekarag aku nak kemas-kemas balek. dan kalau ko cube lagi buat perangai sial ko tu. tunggu je la ape aku buat pulak..

sakit dan sakit lagi.

hari nieh masuk la hari yang ke-5 aku tak berpuase.. bukan aku taknak puase tapi kesihatan aku sangat tak mengizinkan. camne pun, aku rugi gak tak puase bab aku bukan makan sangat pun. aku takde selere nak makan sangat la. kat umah pun aku asek baring je. ari nie aku try utk keje.. harap semua akan okey. insyaAllah.. itu pun aku menumpang g keje ngan akak aku. sebenarnya semalam pun aku dah nak g keje.. aku dah siap-siap, then aku gerak la.. but mase drive kat sentul yang sesak n sangat jem tu ha, aku dah rase pening n takde nafas. aku terus call akak aku, hope bile aku dah cakap ngan someone rase tu sume hilang.. akak aku terus la tanye nak die abek kat mane-mane tak. bab aku dah penah camni jugak dulu. so mungkin sakit tu berulang. so aku cakap, "takpe la dah nak sampi tren nie.. ko cakap ngn aku je kak" konon aku sangat tabah la.. tu pun dalam keadaan tersedu sedan dalam kete n kete sebelah aku tak tau la kate ape.. aku tak pedulik dah pun sebab aku rase sakit n ilang rase malu aku tuk orang tengok aku nangis dah. aku teruskan perjalanan jugak n aku sampai kat tren. tp aku tak park kat tempat biase, tapi aku park depan masjid. kononnya jalan tak bape nak jauh sangat la. lagipun kalau pengsan ade la kut orang yang akan nanpak. aku pun terus jalan walau aku rase pening lagi. sampai kat tren.. aku tengok tren gerak kut 7.35 am. aku duk tunggu la sebelah sorang pempuan tu, konon kalau pape sangat aku mintak tolong die la. pas aku tunggu-tunggu tren dalam pening-pening tu, tren pun sampai. tapi mase tu, pening aku dah sampai tahap max kut. trus aku msg suh akak aku call balek. bab kedit aku pulak dah abes call die mase kat dalam kete tadi. terus akak aku call balek, alhamdulilah la. kalau tak akak aku yang sorang nieh mmg liat la nk reply or angkat fon. aku pun tanye "kat mane, abek aku sekarang leh tak." mase tu air mate aku dah dok menitik lagi dah. akak aku pun suh aku tunggu. aku pun abek mase tuk diri aku sikit..pastu aku g kat kete balek. konon leh baring sikit. leh la hilang pening aku sikit. tapi masuk kete je abes la aku kuarkan sisa-sisa air mata yang aku pendam tadi. setelah agak lama aku pun penat, n aku pun diam sendiri la. tapi aku terpikir pulak arwah abah aku. terus la kuar perkataan ABAH n air mate aku menitik balek la. kalau abah ada, die mesti hantar aku g keje. kalau abah ada mesti die belikan sume je yang aku mintak. kalau abah ada die takkan biar aku tak makan. die akan pakse n belikan ape je yang aku nak makan, walau jauh mane pn kedai tu. sekarang aku sangat-sangat rindukan abah.. semoga abah tenang n aman kat sana.. amin. tak lame pastu, akak aku datang n anta aku g klinik, doc cakap tekanan darah rendah. jangan puasa la. makan ubat ye. sama cam yang dieh cakap ari isnin aku datang ritu. aku iakan je.. aku balek n terus rest. danish pun tak nakal sangat. die tau aku tak bape nak sihat sangat bab aku cakap kat die mama sakit danish. die pun terus letak tangan kat dahi aku n cakap cian mama. n aku still muskil kenape aku asek sakit sekarang. doc asek cakap badan aku tak tahan je. padahal dulu aku okey je. nak kate pgnent, mmg tak la. tak mungin sakit bab pgnent. so sebab aku terlalu memikir ke? bab aku agak stress ke sekarang nieh? aku tak tau. n aku dah rase tak tahan nak makan semua ubat yang ade nie.

August 13, 2010

kerna dia

hari ini tah kenapa.. aku teringatkan benda-benda yang lepas..
bende yang dah bertahun-tahun aku lupakan..dan yang aku cuba lupakan.
semua datang dan melayang-layang kat fikiran..
semua yang manis, pahit, tawar..
aku cuba untuk bertahan, membuang jauh apa jua yang terlintas.
andai tiada masa lalu,
andai aku tak pernah merasa menyesal atas kehidupan.
tp yang aku tau, aku bukan selemah itu.
aku boleh hidup dan bahagia tanpa orang lain.
dan aku ada segalanya milik aku sekarang.. dalam usia aku semuda ini..
semoga Allah melindungi segalanya,
membantu aku memilih jalan yang lebih diredhainya.
dan semoga aku kuat untuk menerima segala yang bakal mendatang..
kerna ku tahu, hari esok bakal mendatang..
dan pasti semua adalah ujian untuk kita sebagai hambaNya.
tp yang paling aku syukuri kini kerna..
adanya kemanisan yang aku takkan kehilangan lagi..
~ANAK~

August 11, 2010

hari pertama puasa

hari pertama puasa.. buat masa nie okey lagi. cuma rasenye hormon aku je yang kejab up kejab down.. hehe, asalkan aku tak mengamuk or menangis sudah la kan.. hurm, mungkin boleh bertahan untuk berpuasa hari nie penuh.. berusaha nad!!! mintak-mintak aku tak pitam. td g tengok baju jual kat sooka.. aku malas nk beli bab baju lycra. mmg stok akaq aku jual.. huhu.. friend aku semua sibuk membeli la.. lysa lum cucuk, so pinjam la duwet aku dulu. petang kang die pulang blek.. dhea pulak mmg pinjam kat lysa. so skali kira la.. td aku baca blog seorang hamba allah.. yang telah kehilangan anaknya. n air mata aku nak menitis mcm kebiasaan aku bukak blog die.. aku tau betape dieh rindukan si kecil. :'(

malam semalam berchenta-chenta dengan danish.. tido berpeluk-pelukan, n danish cerita sal hantu.. aku layankan je la.. sebelum tu die tkejut alep bukak cd ngan kuat skali. terus la aku tarik card astro, bab die slalunya akan tgk astro plk malam-malam. so aku taknak dieh buat memekak macam slalu. aku bosan sangat ngan dorang dua beradik. aku rase sangat menyusahkan la. ada je benda dorang nak buat untuk menyusahkan orang. cam malam semalam.. aku dah tersangat lapa. then aku baru je mula nak makan nasi n tomyam (yang lama dah aku tak sentuh walaupun mmg fav), sorang-sorang nak merasa.. padahal tomyam biasa. terus aku angin n naek atas. aku rase kalau makan pun boleh tecekik la camtu. ngan danish lagi. lyna ngan intan lagi.. padahal dorang dah makan lagi awal dari aku.. so semalaman la aku tak makan.. dan hari nie puasa, but yang menyenangkan.

August 09, 2010

:))



td aku saje sibukkan diri usha picca-picca lama..
n aku jumpe pulak picca yang satu nieh..hehe..zaman-zaman silam..

bile itu dan ini terjadi

hari ahad, anak aku jatuh.. kat mana aku pun tak tau. tapi yang penting, luar dari rumah la. aku dah cakap kat budak-budak tu (intan & nadirah) jangan bawak danish. tapi tersangat la degil dorang tu. nak dijadikan cerita anak aku jatuh n kaki dia belah kiri berdarah. so anak aku yang sangat-sangat manje tu menangis-nangis la kate tan wat..tuh, arah mama.. lagi tambah kuat dia menangis bile ada darah kat kaki la, bab danish mmg jarang sangat-sangat la luka yang berdarah-darah nie. aku pun pujuk la danish, then aku buat-buat cubit intan sebab danish nak aku marah intan. pastu aku bukakkan baju n seluar dieh. ajak mandi sekali ngan cuci luka dieh. tp danish taknak. so aku biar la lama sikit. bagi minum susu n susu coklat.. dua botol sekali dieh tibai minum. dah lama-lama aku cakap kang tutttt pedih nak ke? pastu danish pun nak la mandi. pas mandi aku sapukan gamat sikit, dieh merengek la sikit. pastu dia pun okey.. n siap maen tumbuk-tumbuk ngan angah lagi.

then pada hari-hari yang lepas pulak.. mmg kereta dah mula meragam-maragam. mungkin dia pun nak ikut demam macam aku jugak.. sayang ku, demam sikit-sikit dah la.. jangan sampai masuk icu pulak. duwet dah macam air keluar nie, bermacam-macam yang nak digunekan lagi ye. then selepas hantar repair, td mase drive nk g keje.. rase cam tak sedap hati lagi. macam tersentak-sentak dan bakal mati enjin lagi. aku ape lagi terus la memecut balik umah. dan pastu aku tumpang la akaq aku cam selalu. nasib baek aku ramai kakak-kakak yang leh membantu. hehe.. dan dalam beberape hari nie mmg aku dah pikirkan perlu ke aku beli kereta baru? kalau beli tak rugi ker bab kereta aku yang sedia ada nak abes bayar dah. lagi-lagi tu kan kereta arwah abah.. so aku terasa lebeh memories bile bawak la, walaupun burung dalam kereta tu dah aku keluarkan. tp klu beli kereta baru takyah la sibuk pikir nak repair kereta lagi. so sekarang aku dalam dilema.. yang aku tak dapat nak abek keputusan sendiri sekarang.. mak, apa pendapat mak nie?? orang ikut mak je. masalahnya mak ngan orang sama-sama buntu. hiss....

dan selepas itu pulak, aku sibuk memikirkan pasal hp aku pulak. nak dijadikan cerita, semalam aku g la kedai hp, kononnya nak abek hp akuh yang dah siap tu. dan bile aku sampai je kedai dia, aku tengok hp aku punye housing pun tak betukar lagi. selame sebulan++ nie.. ape kut yang dieh repair hp tu? mmg cukup-cukup membuang mase aku la hantar betulkan hp kat kedai cina lahabau tu. sial punye.. padahal dieh just tukar cip, cip boleh siap dalam mase tiga hari dan paling lama seminggu. kenapa selama aku call die tak cakap yang mmg tak boleh nak buat hp tu. kan lagi senang, tak perlu la dieh nak bukak hp aku bagai. bab dieh mmg tak boleh nak buat hp tu. klu aku tau mcm nie mmg aku tak bagi la die repair hp aku. WTH!! mungkin sume barang dalam hp aku tu dah ditukarkan barang local. dan aku sangat la berangin. kang dah bayar, tp hp aku still tak leh pakai.. aku terasa gak nak buat aduan kat persatuan pengguna. biar orang laen tak lagi tertipu ngan cakap-cakap cine bodo tu. dan korang suma takyah la g kat kedai hampeh nie ye..

ONE STYLE MOBILE ENTERPRISE
g-K03A, Ground Floor @ Brem Mall,
Jalan Kepong 52000 Kuala Lumpur.

August 05, 2010

Why

why should I pray five times a day
why should I pray my friend
why should I pray five times a day
tell me again my friend.
you pray to show you love your Lord
you pray to show you care
you pray because you know it’s right
whether it’s morning or night.

why should I fast in ramadhan
why should I fast my friend
why should I fast in ramadhan
tell me again my friend.
you fast to remember He who gives
you thank for the treat you receive
you fast to remember those in need
you train yourself not to be greed.

why should I give zakat each year
why should I give my friend
why should I give zakat each year
tell me again my friend.
you give to show you are not afraid
to help those who don’t have much
to show you care what Allah creates
to show you know that Allah is great.

why should I go on the Hajj
why should I go my friend
why should I go on the Hajj
tell me again my friend.
dusty and tired from far and near
they come by land, sea and air
the call of Allah to be His guests
that’s why they strive to go on Hajj.

why should I believe in God
why should I my friend
why should I believe in God
tell me again my friend.
Allah is the one who created us
Allah is the only one
Allah is the one that looks after us
that’s why you believe in God.

August 04, 2010

ASMA UL HUSNA


ALLAHU~yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada

Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.

AR RAHMAANU~kasih sayang kepada hambaNya didunia

Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.

AR RAHIIMU~yang kasih sayang kepada orang-orang mukmin pada hari akhir

Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.

AL MALIKU~yang mempunyai kerajaan

Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.

AL QUDDUUSU~yang maha suci

Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.

AS SALAAMU~sejahtera daripada kekurangan

Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.

AL MU'MINU~yang mengimamkan hambaNya

Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.

AL MUHAIMINU~yang sangat menyintai dan memelihara

Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.

AL'AZIIZ~yang menyalahkan

Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.

AL- JABBAARU~yang sangat gagah

Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.

AL MUTAKABBIRU~yang maha besar

Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.

AL KHAALIQU~yang menciptakan makhlukNya

Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t.

AL BAARIU~yang menerbitkan makhluk

Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.

AL MUSHAWWIRU~yang merupakan makhluk

Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.

AL GHAFFAARU~sangat mengampuni

Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.

AL QAHHAARU~yang sangat keras

Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.

AL WAHHAABU~yang sangat memberi

Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.

AR RAZZAQU~yang sangat memberi rezeki

Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.

AL FATTAHU~yang membuka khazanah rahmat

Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

AL'ALIIMU~maha mengetahui

Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

AL QAABIDHU~yang menggenggam, menyempitkan rezeki dan menguranginya bagi seseorang yang disempitkan

Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.

AL BAASITHU~maha melapangkan

Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

AL KHAAFIDHU~yang menurunkan

Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.

AR RAAFI'U~maha mengangkat

Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.

AL MU'IZZU~maha menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya

Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.

AL MUDZILLU~yang merendahkan atau menghinakan

Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.

AS SAMII'U~maha mendengar

Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.

AL BASHIIRU~maha melihat

Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.

AL HAKAMU~yang menetapkan hukum-hukum makhlukNya

Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.

AL'ADLU~yang maha adil

Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.

AL LATHIIFU~yang maha halus

Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.

AL KHABIIRU~yang maha mengetahui atau waspada

Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.

AL HALIIMU~maha penyayang dan penyabar

Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.

AL'AZHIIMU~maha agung

Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.

AL GHAFUURU~maha pengampun

Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.

ASY SYAKUURU~yang sangat syukur

Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.

AL'ALIYYU~yang maha tinggi martabatnya

Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.

AL KABIIRU~yang maha besar

Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.

AL HAFIIZHU~yang maha memelihara

Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.

AL MUQI ITU~yang menjadikan makanan

Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.

AL HASIIBU~yang menghisab atau menghitung

Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.

AL JALIILU~yang maha agung dan mulia

Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

AL KARIIMU~yang maha pemurah

Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.

AR RAQIIBU~yang maha mengamati atau mengintai

Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.

AL MAJIIBU~yang memperkenankan

Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.

AL WAASI'U~maha luas kepunyaanNya

Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.

AL HAKIIMU~yang maha bijaksana

Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.

AL WADUUDU~maha mencintai orang-orang yang beriman

Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.

AL MAJIIDU~yang maha mulia dan maha luhur

Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.

AL BAA'ITSU~maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian

Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.

ASY SYAHIIDU~maha menyaksikan

Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.

AL HAQQU~maha besar

Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.

AL WAKIILU~maha melaksanakan urusan makhlukNya

Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.

AL QAWIYYU~yang maha kuat

Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.

AL MATIINU~maha sempurna kekuatanNya

Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.

AL HAMIIDU~yang terpuji

Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.

AL MUHSHII~yang memperhitungkan setiap amal makhlukNya dan membalasnya

Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.

AL MUBDI-U~yang menzahirkan makhlukNya

Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.

AL MU'IIDU~yang mengembalikan

Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.

AL MUHYI~yang menghidupkan

Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.

AL MUMIITU~yang mematikan

Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.

AL HAYYU~yang hidup

Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.

AL QAYYUUM~yang berdiri sendiri

Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.

AL WAAJIDU~zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki

Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.

AL MAAJIDU~maha agung dan mulia

Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.

AL WAAHIDU~mendapat apa yang dikehendakiNya

Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.

ASH SHAMADU~tempat bergantung bagi semua makhlukNya

Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.

AL QAADIRU~maha kuasa atas segala sesuatu

Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.

AL MUQTADIRU~yang sangat kuasa

Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.

AL MUQADDIMU~zat yang mendahulukan

Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.

AL MUAKHHIRU~zat yang mengakhirkan

Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.

AL AWWALU~yang terdahulu dengan tiada permulaan

Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.

AL AKHIIRU~yang kemudian dan tiada berkesudahan

Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.

AZH ZHAHIIRU~maha nyata

Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.

AL BAATHINU~zat yang maha ghaib

Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.

AL WAALIYY~maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya

Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.

AL MUTA'AALII~yang maha tinggi

Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.

ALBARRU~yang maha berbuat baik

Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.

AT TAWWAABU~maha menerima taubat

Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.

AL MUNTAQIMU~zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya

Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.

AL 'AFUWWU~yang memberi maaf

Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.

AL MAALIKUL MULKI~zat yang mempunyai kekuasaan

Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.

DZUL JALAALI wal IKRAAMI~zat yang mempunyai ketinggian kemuliaan yang sempurna

Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.

AL MUQSITHU~yang sangat adil

Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.

AL JAAMI'U~yang mengumpulkan

Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.

AL GHANIYYU~yang maha kaya

Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.

AL MUGHNII~zat yang memberi kekayaan

Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.

AL MAANI ' U~yang menolak bahaya dan lain-lain

Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.

ADH DHAARU~yang menyampaikan mudharat

Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.

AN NAAFI ' U~yang memberi manfaat

Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.

AN NUURU~yang menerangi

Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.

AL BADII ' U~yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya

Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.

AL BAAQII~maha kekal

Untuk mengekalkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.

AL WAARITSU~yang kembali kepadaNya sekali makhluk

Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.

AR RASYIIDU~yang memberi metunjuk

Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.

AS SABUURU~sangat sabar

Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...