every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers

January 27, 2012


Aku belum pasti menikahi si dia yang aku cintai....


tapi, aku sudah pasti akan mencintai si dia yang aku nikahi.


insyaallah.. =D

Alhamdulillah Allah..

Syukur allah dah bukak mata aku..
memang tak salah keputusan aku selama nie.
ini memang yang terbaik untuk aku.
setiap percakapan dia, perbuatan dia .......
memang die tak layak untuk jadi suami untuk aku.


nota haty : tapi aku dah belajar satu perkara baru lagi.. jangan sesekali kenalkan pasangan kita dengan keluarga melainkan dia memang dah meminang kita dengan cara yang betul. patut la orang dulu-dulu amat menitik beratkan merisik, bertunang, nikah.. kalau tak macam nie la, family sendiri pun menunjukkan ketidak pandaian diri. "sabar je la naddy.. semuanya setan nak menghasut tu.."

January 22, 2012

Menyongsangkan kata-kata Ustaz Azhar Idrus?

Salam kawan-kawan semua..
semoga kita semua dalam keredhaan Allah.S.W.T..
kenal tak korang semua dengan Ustaz Azhar Idrus?
seorang yang sangat famous and dikenali ramai..
actually, aku tak lah tau dia siapa sangat..
cuma tau Zizan pernah mintak nasihat dia suma..
dan paling penting aku selalu bace dekat facebook..
orang share ape yang ustaz nie katakan...


memang takde salahnya kata-kata ustaz nie..
aku paling suka satu ayat dia yang di share dari kawan-kawan iaitu...

"TAK SEMESTINYA KENE BERTUDUNG,
CUKUPLAH SEKADAH MENUTUP AURAT"

lebih kurang macam tu la ayatnya..
aku pun harap aku boleh buat benda tu..
aku bukan setakat nak menjadi wanita yang bertudung.
tapi aku nak jadi seseorang yang menutup auratnya.
dan aku tau menutup aurat itu wajib..
aku taknak jadi orang yang pakai tudung,
tapi baju lengan pendek, baju jarang, atau baju ketat metat..
tudung bukan satu fesyen walau tudung boleh digayakan dalam perbagai cara.
oke la, dah melalut bayak sangat pasal diri sendiri..
aku sebenarnya nak share dengan kata-kata seseorang pada aku..
kata-kata yang dia copy cat dari Ustaz Azhar Idris nie..

"ORANG PEREMPUAN YANG LAYAN DAN BERKAWAN DENGAN RAMAI
LELAKI TIDAK LAYAK DIJADIKAN SEORANG ISTERI"

mungkin itu pegangan hidup dia, aku terima takda salahnya dengan kata-kata tu.
tapi bila itu yang dijadikan untuk menilai seseorang..
aku tak tau itu berlandaskan hukum agama atau kerana ego dlm diri.
ya, aku akui ada mereply chat selagi aku rasa tak melanggar batas pergaulan.
apalah salahnya bertanyakan khabar antara sesama manusia.
salah ke? bila kita menjawab salam atau hi didalam chat box.
dan si polan yang berkata pada aku tentang kata-kata diatas,
juga melakukan perkara yang sama dengan aku.
cuma bezanya, dia adalah kaum adam..
aku cukup faham kenapa ustaz tidak mengatakan perkataan di atas dengan "LELAKI".
sebabnya lelaki dibolehkan berkahwin empat berlainan pula dengan wanita.
tetapi adakah berbaloi untuk menilai calon isteri hanya dengan kata-kata diatas?
kata-kata seorang ustaz yang di jadikan prinsip dalam hidup.
bukankah dalam al-quran sendiri ada menulis hadis tentang,
wanita-wanita yang sepatutnya dijadikan isteri..

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

tak perlu rasanya aku update calon-colan isteri dalam islam.
sebab aku pun tak layak lagi nak kata soal agama.
aku pun masih baru nak belajar untuk semuanya..
tapi rasanya lagi elok untuk kita pegang pada perkara wajib dahulu..
buat apa solat sunat kalau, solat wajib tak cukup lagi?
untuk si polan, mungkin patut carik ciri-ciri wanita macam ni dulu..
sebab aku tau diri dia pun tak layak lagi untuk dapat wanita macam ustaz tu kata.

1) bersolat
2) berpuasa
3) menutup auratnya
4) menjaga kehormatannya
5) menjaga kelakuan dan percakapannya

diri aku sendiri masih belum boleh dikatakan sebagai wanita solehah..
insyaallah satu hari nanti akan tercapai semuanya.
maaf entry ni bukan untuk mencaci atau menyalahkan sesiapa.
cuma untuk berkongsi pendapat dari aku,
seorang yang masih cetek pengetahuan agamanya.
dan mungkin korang semua yang dah ada pengetahuan agama..
boleh share apa pendapat korang..

p/s : ada seorang hamba allah pernah hadiahkan aku buku Wanita Solehah, buku tu merangkumi semua kehidupan.. apa yang patut seorang wanita buat semasa single dan setelah berkeluarga. Untuk wanita bekerjaya dan wanita yang menjadi suri rumah tangga. dan apa yang sepatutnya kita buat bila menhadapi sebarang situasi yang tak pernah kita hadapi.Sesungguhnya wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga..

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

January 18, 2012

Message to : ...........................


thanks you for showing me exactly what i dont want in a person..

kita sebenarnya tak kan suka apa yang kita buat..

Hye friend.. Apa kabar semua..
Lebih ceria hari ni ke? Alhamdulilah..
Moga sentiase happy hendaknya ya..

Hari nie topic kita is..
"KITA SEBENARNYA TAKKAN SUKA APA YANG KITA BUAT"
macam berbelit je ayat tu kan?
oke..bahasa ringkas untuk korang paham..
pernah tak korang lalui.. korang tak suka apa yang orang lain buat,
tapi sebenarnya korang pun buat benda yang sama.
tak paham? hurm..

oke la. contohnya macam..
korang tak suka kawan korang yang suka korek-korek then bau.
korek apa-apa pun tak kisah la..asalkan dia boleh korek kan.
tapi akhirnya bf/gf korang sendiri punya perangai macam tu.
why ye bila bf/gf korang.. sikit pun korang tak cakap pape.?
korang hilang sifat menyampah ke..

oke..itu bukan korang yang buat.. tapi kalau bf/gf korang yang buat kan.
contoh kalau korang pulak yang buat adalah..
korang suka umpat keji kawan korang.. suka kata kau asal tak lawa.
asal make up ko tebal semacam dow.. lipstik merah out of fesyen.
padahal sebenarnya korang yang ketinggalan zaman..
then satu hari bila korang buat benda yang sama.
then friend korang tapi bukan yang sama korang umpat keji tu.
common la, nie bukan cerita indon ye..nak sadis sangat-sangat.
then buat benda yang sama.. korang akan suka ke?
boleh ke korang senyum sumbing bila jadi perkara macam tu..

nie pulak yang korang selalu buat pada pasangan korang.
pernah tak korang chat or contact dengan orang lain,
pastu kantoi dengan pasangan korang. then korang konon cool, itu tak salah.
but bila korang tau pasangan korang pun buat benda yang sama.
korang macam nak gila mengamuk-ngamuk..
tanye soalan bertubi-tubi..what is this fren?

pernah tak korang alami benda yang aku cakap nie?
mungkin tak sama sebijik-sebijik but ada la iras-iras camtu.
then ape yang patut korang buat..

a) pura-pura tak kisah, anggap semua cool walau korang tak suka.
b) berubah dan cermin diri sebelum nak cakap pape.
c) lebih baik diam dan jadikan diri korang halimunan.

mungkin korang tak suka orang buat, tapi korang sendiri nak buat.
maka nanti keluarlah ALASAN yang tak munasabah..
dan menampakkan kebodohan diri korang sendiri.
~end~

January 17, 2012

entry nie betul panjang. tak perlu lah baca. nanti penat!

Hye everyone.. lama jugak tak update blog nie kan?
xrindu ke? mesti la rindu.. tapi banyak sangat yang nak diuruskan.
banyak yang direncanakan tapi mungkin takkan jadi lagi.
ye hari yang ditunggu-tunggu tu mungkin takkan jadi lagi.
bukan delay tapi terus cancel.. eh macam tren pulak dah kan.
nak buat macam mana..terikut-ikut dengan ktm kut..

Mungkin ini yang terbaik untuk kami..
banyak yang tak sefahaman dan macam-macam yang jadi.
penerimaan aku pulak macam mana..?
biasa la. ada yang rasa tak boleh terima, tapi dah pun jadi.
so terima je la dengan redha and ikhlas.
atau perlu ke aku kata yang aku pasrah.!
__________________________________________________________________________________

Persiapan kami pun dah hampir 70-80%..
apa nak buat dengan semua tu? buat apa lagi..
yang aku uruskan..aku akan cancel semuanya..
dan yang dia buat, die kata nak jual semuanya.
terkilan hati aku kat situ. mungkin die takkan rasa.
sebab sebenarnya aku la deco, aku jugak siapkan segala persiapan dia.
sampai habis tangan aku kena gam yang panas tu.
dengan tak cukup rehat dan tito untuk buat semuanya.
die just keluarkan duit. tp aku buat semua dengan hati.
dengan harapan yang mengunung,
dengan ikhlas menerima,
dengan cinta yang tak berbelah bagi.

Mak aku, terdiam disitu. dan tak tau la kalau dia jatuh sakit atas sebab ni jugak.
aku tak nak tanya pun, sebab bila tanya keadaan akan jadi lebih keruh lagi.
yang aku tau aku perlu buat mak aku macam sedia kala. itu yang penting.
dan belah keluarga dia aku tak tau macam mana.
die ada suruh aku yang cakap dengan mak dia.
tapi perlu ke aku?
aku tak pernah bagi harapan atau bercakap hal ni dengan mak dia.
bukan macam die yang bagi harapan pada mak aku.
bincang tentang date semua, tapi bila tak jadi, aku yang perlu tanggung semua.

kesayangan aku tu pulak?..mungkin pada awalnya danish tak boleh terima.
masa dia datang ambik semuanya. ambil balik hati dia dari aku..
danish ada depan pintu. dan tengok semua yang terjadi. dan danish ada jerit..
"papa, abang sayang papa"..
betapa luruh hati aku masa tu.. betapa dia sangat sayangkan papa dia..
aku ke yang dah rosakkan segalanya, aku ke yang bersalah masa tu.
dan si dia ada suruh aku bacakan msg untuk danish.
pertama kalinya air mata aku jatuh bila baca msg tu.
dan pesanan tu pun aku dah sampaikan pada danish.
msg tu tak dapat aku kongsi sebab aku dah delete msg dari dia semuanya.
akhirnya dia kata, "mama, papa sayang abang"
dan aku cuma mampu tersenyum.. apa lagi yang boleh aku katakan?
tapi hari ini, di saat aku menaip entry ini.. danish faham dan tau.
si dia bukan lagi papa dia. tak perlu lagi aku ajar untuk kali ini..
dia sendiri dah katakan pada aku " mama, abang takde papa"..
dan tak pernah aku salahkan dia sekali-kali.
malah terima kasih sebab membuatkan anak kecil aku kenal erti "papa".
__________________________________________________________________________________

mungkin ramai yang kata, semua salah aku.
aku degil dan aku keras kepala.. aku nak semua macam yang aku kata.
tapi bila difikirkan apa yang aku nak tu, pernah dapat ke?
bukan setiap kali nanti.. aku yang akan mengalah.
ramai yang boleh berkata dan menilai.. tapi tak semua tau apa yang terjadi.
aku ada jugak dapat nasihat-nasihat dari ramai orang.
ada yang kenal ada yang tidak..
dan aku tau ada jugak yang sampai berhubung dengan dia.
but the true, tau ke korang apa yang aku tanggung selama dengan dia.?
aku tak kata aku tak pernah happy dengan dia.
aku tersangat happy. lebih-lebih lagi aku betul-betul cintakan dia.
dan aku tak pernah main-main dengan hubungan yang ini.
tapi perit aku dengan dia. apa yang pernah dia lakukan sepanjang kami bersama.
kesalahan-kesalahan die. perlu ke aku bagi tau korang jugak?
memang setiap manusia tak pernah lekang dari membuat kesalahan.
aku pun macam tu, manusia biasa.
tp kalau kesalahan tu sampai menjadi duri dalam kehidupan?
perlu ke aib tu aku bukak satu persatu.. nope that not me.
biar orang menilai aku teruk, aku kejam, dan aku keras kepala.
tapi untuk aku katakan semua dekat sini. tidak sekali-kali.

mungkin juga semua nie ujian dari allah..
allah mungkin nak bagi yang lebih baik dari sekarang.
aku terima seadanya dan aku teruskan hidup selagi aku masih bernafas.
walau sedalam mana pun cinta yang ada, aku takkan mati sebab cinta.
aku bernafas kerna allah, dan hidup mati aku adalah ketentuan allah..

nota haty : bila sampai masanya aku akan buang semua berkaitan si dia. cuma masa ini aku belum cukup kuat. doakan aku akan jadi kuat..

January 05, 2012

dah tempah tapi takde

Semalam petang dapat call mase nak dekat-dekat magrib tu..
saya tengah tito masa tu, kenapa tito? sebab letih gila..
lagi pulak kan tak boleh solat. menjadi-jadi la malas badan ni..
oke berbalik balik cerita tadi, dapat call dari tempat syg booking barang hari tu.
kenapa booking? sebab barang takde..tinggal 1.. padahal saya nak 9.
dan yang tinggal 1 tu pulak dah buruk..
tak moh la yang tak cantik kan kawan-kawan.

then dia call cakap barang tu memang takde stok lagi.
bila saya tanya bila ya ada stok.. tak tau bila akan ada stok.
hrmmmmmmmmmmmmmmm...fine!
camne ni. duit dah bayar separuh! tapi barang lain yang order ada la.
kena ambil barang yang lain tu je la nampak gayanya kan.
so bila cakap kat Mr. Pelik..dia cakap xpe la.
nanti carik  kat kedai lain.. yang penting saya nak sama oke.!!
aleh, Mr. Pelik memang la tak kisah. sebab tu barang saya.
barang dia semuanya dah ada.
BENCI LA

January 04, 2012

Cerita Tahun Baru dan Hidup Baru

Hey everyone yang cantik lagi tampan sekalian..
masih tak terlambatkan kalau i nak wish Happy New Year..
hari nie dah hari yang ke-4,
dan syukur masih mampu meneruskan hidup ke hari ini..

tahun nie sambut tahun baru dekat area BB je..
sekejab kat Pavilion sekejab dekat BB..
tengok ragam manusia yang bermacam-macam.
kadang-kadang sampai rasa nak ketawa..
mungkin dalam sedar atau tidak..
dalam kehidupan ni kita byk rupanya buat benda kurang berfaedah.
kurang berfaedah takpe la jugak, jangan langsung tak berfaedah..
=P

untuk tahun nie, insyaallah banyak yang akan berubah.
dari segi kehidupan, kerjaya dan perhubungan..
doakan segalanya yang terbaik untuk i oke.
thanks everyone..

nota haty :
yang paling penting setiap tahun akan mengajar erti kehidupan dan lebih mendewasakan. dari situ akan bermula sebuah kehidupan yang lebih bermakna.. dan tahun ni, banyak azam yang dah ada.. so jom sama-sama kita merealisasikannya.. jangan lupa buat list azam ye semua, supaya akhir tahun nanti boleh buat perbandingan mana yang tercapai dan tidak. harapnye takde la yang tak tercapai. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...