every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly

September 19, 2012

Entry untuk gadis-gadis

Hi ladies..
topik hari nie mungkin sedikit sensitif dari kebiasaannya.
tapi why not kita share.. sebab dah selalu sangat terjadi.
mane tahu entry ini dapat membantu semua yang tengah carik jalan penyelesaian kan?

Kebelakangan nie banyak sangat kes pembuangan bayi.
and untuk orang yang dah mempunyai anak macam aku nie, yes..aku akui aku tersentuh..
tapi aku tahu kalau orang yang tak punya anak akan rasa lebih dari apa yang aku rasa tu.

kebiasaannya yang membuang anak nie mestilah perempuan..
sebabnya yang mengandungkan adalah tanggungjawab kita sebagai wanita kan.
and yang lelaki pulak boleh la senang-senang lepas tangan.
and betul, lelaki melayu adalah lelaki yang teramai suka lari dari tanggungjawab.
bukan nak condemn lelaki melayu tapi kita boleh tengok sendiri.
aku mintak maaf untuk keluarkan statement macam tu andai ada yang terasa..
tapi tolong la kaum adam, anda patut menjadi pembela kami hawa yang lemah.
bukan mempergunakan sewenang-wenangnya.

baru-baru nie ada gadis umur 20-an yang campak baby dia dari bangunan tiga.
ada pulak lagi sorang pam anak dalam toilet..
Dunia sekarang makin kejam kan??
aku tak salahkan dia sebab terlanjur. itu dosa die dengan Allah kan.
kalau Allah boleh ampunkan pelacur cuma kerana pelacur tu kasi binatang minum.
apatah lagi dosa kita yang laen-laenkan. jangan risau bial nak bertaubat..
Allah sentiasa mengampunkan hamba-hambaNya.
tapi kenapa nak biar nyawa lain yang tanggung kesalahan kita?

aku faham bila kita mengandung tanpa pengetahuan family and orang luar,
bila dah terlanjur macam-macam yang kita kena hadapi.. 
and kene fikirkan banyak faktor untuk terus ada baby atau gugurkan baby tu.

kalau kita gugurkan.yes senang cerita and boleh teruskan hidup macam biasa.
buang kisah silam tapi bila mati nanti macam mana kita nak jawab dengan Allah.?
kita dah sia-siakan rezeki yang dia bagi. and kemungkinan jugak kita tak boleh nak ada zuriat lagi.
sebab banyak kes yang gugurkan anak nie lepas kahwin and nak anak tapi tak dapat-dapat.
ye la, bila kita gugurkan anak, banyak sistem dalam badan yang terganggu.
silap-silap kita boleh mati. sebab risikonya besar.. and sakitnya lebih dari sakit beranak.
tapi lagi takut bila kita gugurkan, and setiap hari lepas tu kita dihantui dosa semalam.
tapi yang lagi penting dah cukup berani ke kita nak bunuh satu nyawa.?

tapi bila kita nak lahirkan anak pulak.. lagi banyak kita nak kena difikirkan.
apa nak menjawab dengan family and orang ramai..sebab dorang manusia biasa..
gemar mencaci and menghina. jadi sanggup ke kita untuk jadi bahan pada mereka.?
lepas tu, sanggup and mampu ke kita nak jadi seorang ibu.
jadi ibu memang susah.. tapi percaya la, jadi ibu tunggal seribu kali lebih payah.
kita kene fikir macam mana kita nak membesarkan anak, cukup ke kita dari segi kewangan.
dari segi mental dan emosi. juga dari segi pendidikan..
selain tu kita kena uruskan banyak benda untuk melahirkan.
yes, lahirkan anak dalam Malaysia perlu dokumen macam-macam.
tapi jangan la risau sangat, kalau kita nak buat keputusan yang betul Allah menti tolong kita kan.

dan untuk pengetahuan korang jugak untuk gugur atau melahirkan baby,
 memerlukan ribuan ringgit malaysia.

tapi yang seeloknya redhakan hati terima semua ketentuan yang Allah takdirkan.
dan cubalah cari jalan untuk berubah.. 
mungkin korang boleh minta bantuan dari rumah perlindungan wanita.
tapi if korang rasa korang perlukan kawan or malu nak mintak tolong orang lain..
yes insyaallah sayang, awak boleh contact kita.
kita boleh carik keluarga angkat or carik jalan penyelesaian yang lain.
kita sanggup bantu awak mana yang kita mampu.
dan jangan lupa..Allah sentiasa ada disisi awak.
and kita pun ada untuk awak.
awak email la kita : gurl88_nadia@yahoo.com.my
kita akan call awak dengan cepat.


Rumah Perlindungan

RAUDATUS SAKINAH
Lot 300/3,  Lorong Selangor,  Pusat Bandar Melawati,  53100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-41073379/013-3893379
No. Faks : 03-41071754
(Pn. Yusnani bt Abdul Hamid)
BAITUL ISLAH PERHID SHAH ALAM
No. 3, Jalan Kota Raja L27/L,  Pusat Bandar Hicom, 404000 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 03-51929226 / 019-2634227
No. Faks: 03-51929226
(En. Mohd Roslan bin Mohamad Isa)

DARUL WARDAH
Suite 02-02-06, Wisma MAIS, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No. Tel : 03-55118994/016-4102767
(Norazmiza Mamat)

RUMAH KEBAJIKAN PERKID
Lot 22-2, Medan Bukit Indah 2, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor.
No. Tel : 03-42800730/019-2572717
(Ust. Masrizi bin Sat)

PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM
Lot 46, Jalan 47, Bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-42950775
No. Faks : 03-42951079
(Pn. Hjh Norlina bt Haji Alawi)

KEM MODAL INSAN KEWAJA
No. 19, Jalan SG 5/4,  Taman Seri Gombak,  68100 Batu Caves, Selangor.
No. Tel : 013-3384868 / 03-61857736
(En. Yahya bin Mohamed Yusof)

Alamat Cawangan Raudhatus Sakinah :

RS Kelantan
Tkt 1, Lot 2861, Jln Abd Kadir Adabi, Paya Memban, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-744 9162
H/P : 013-996 4077
Faks : 09-747 8603

RS Selangor
Lot 300.2 Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-41073379
H/P : 013-990 8814
Faks : 03-41071754

RS Pulau Pinang
No.64 Tingkat 2 Lebuh Bukit Kecil 1, 11900 Taman Sri Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-6452740
H/P : 016-498 2245
Faks : 04-6452740

RS Johor
No 31A, Jalan Harmoni 12, Taman Desa Skudai, 81300 Skudai, Johor Darul Takzim
Tel : 07-557 9502
H/P : 019-770 6142
Faks : 07-557 9502

RS Melaka
No. 4-1, Jalan Jati 2, Taman Jati, Batu Berendam, 75350 Melaka
Tel: 017-240 0353
Faks: 06-317 8472

ehsan : kembarahadi.com

4 comments:

  1. entahlah org kita ni suka menghukum dari membantu..

    ReplyDelete
  2. memang mcm tu, tp xsemua kn.. tp bg sy sendiri sy pegang pd prinsip sy, biar la org nk kte byk mane. bkn dorang yg bg kite makan. bkn dorang jgk yg tntukan surge nerake kita. bile penat dia la dorang.

    ReplyDelete
  3. bagus juga share kan rumah2 ni....remaja2 dah buntu, sbb tu kes pembuangan bayi meningkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupz..btul tu..n now pn dh ade tmpt buang baby yg proper kt kl nie mcm kt oversea.. klu xsilap kt pj. so dorg bleh letak ank dorg kt situ klu btul dh xnk..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...