every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly

September 04, 2012

Ujian dari Allah

BismillahHirRahmanNirRahim

mungkin diwaktu ini, aku sendiri lemah dan tak mampu dengan ujian yang mendatang.
kadang-kadang ada terpikir kenapa aku yang diberikan ujian, kenapa bukan orang lain.
tapi bila kewarasan aku kembali. aku akan ingatkan diri sendiri..
Allah sayang, maka allah menguji untuk melihat ketaqwaan kita.
sedalam mana kita menyayangi DIA..
lagi pun Allah takkan menguji hambanya lebih dari kemampuan diri.
itu janji Allah..

In Sya Allah..selagi mampu aku akan teruskan.
ye la bila tak mampu tu namanya aku sudah tak bernyawa lagi bukan?
pernah tak terpikir betul ke allah menduga dan menguji kita,
atau kita yang mencari masalah dalam kehidupan.
biasa la, hidup yang terlalu lurus perjalanannya membosankan.
biar ada liku, biar ada ranjaunya... adventure bukan?

selama 24 tahun aku hidup nie,
aku perasan allah selalu menguji, tapi lebih banyak aku yang mencari masalah.
buat benda-benda bodoh dan membuang masa.
syukur la, sekarang allah bukak mata aku..

tapi bila dah berhijab nie, rasanya lagi banyak pulak dugaannya.
serius aku rasa bebannya. wait!!
aku tak maksudkan pakai tudung tu beban,
tapi aku maksudkan ujian-ujian yang mendatang.
jangan perasangka buruk dekat aku. berdosa.

sejak aku mula nak berubah, bukan je dengan pakai tudung.
tapi mean nak tutup aurat, tak tinggal solat, apa saja yang ada dalam rukun islam la.
.banyak jugak aku lalui, yang buat aku faham..
kenapa seseorang tak nak berubah, or tak jadi berubah.
tapi yang berubah pura-pura aku tak faham. full stop.

bila aku nak pakai tudung dulu..
aku selalu rasa susah nak matching dengan baju,
tudung aku takde la.. last-last fed up and tak pakai tudung.
benda tu aku rasa hal kecik lagi. tapi sebenarnya tu la ujian.
ujian untuk tengok kita nak lawa pada orang ke atau nak lawa pada allah.
belom masuk bab tutup aurat lagi.
oke taknak cite sebab aku pun skarang ada gak kadang-kadang tak tutup aurat.
bila agaknya aku boleh pakai stokin n sarung tangan nie.
tudung biar labuh sikit lagi...doakan kawan-kawan.

dulu bila nak solat je aku mesti rasa malas..
then aku akan tangguh-tangguhkan. bila tangguh memang terbabas la.
kau kata qadar la! wei kawan, klu tangguh satu waktu boleh le.
kalau kau dah tangguh dari subuh, sekarang dah masuk waktu isyak camne cite?
kalau bukan sebab malas, aku memang bajet nak solat..
tapi keje aku banyak gile.. gile pun tak banyak macam tu.
last-last solat aku ke mane, keje ke mane.. blog je lebih.! eh?
then aku sedar, memang la malas.. sebab setan ade duk bergayut kat aku.
and kita hidup memang takkan habis-habis keje. so chil la.
solat dulu walau ko x kusyuk pikir keje yang menunggu.
janji buat dari tak buat langsung.
lama-lama kau akan biasa la solat je xkira apa pun.

itu ujian bila nak buat yang asas punya..
tapi lagi tuff bila ujian berkaitan perasaan kita..
ye la zaman sekarang bukan kenal orang depan-depan je boleh meluat.
dalam fb, twitter kalau post macam-macam pun kita boleh benci.
bace blog cite panjang lebar kita kata die gedik.
macam-macam kan.. tapi sekarang baru aku tahu, tu la ujian.
kalau kita asek tanam sifat negetif dalam diri.
negetif la perasaan kita. hitam la macam taek anjing.
tapi kalau hati kita bersih. putih la macam telekung rendam dalam clorox.

kalau kau nak tengok artis yang aku rasa ada dah ciri-ciri putih suci nie.
aku rasa Yatt boleh kut jadi ikon aku.. bagi aku la.
kalau korang tak suka sudah. aku tak PAKSA..!
sebab ada orang yang nak buat dia melenting.
sapa yang tak melenting kalau kita baru nak berubah,
then orang tu kata kita terlebih alim.
biar pi la kita nak alim. bukan buat jahat pun..
eh, aku pulak emo. bukan aku..korang sebenarnya emo..
baca sungguh-sungguh benar dah kenapa.haha.
oke sambung, tp Yatt sempoi je jawab.
 cakap mintak maaf kalau dia terlebih alim. die terima teguran tu.
perh, respect dow.

artis yg perangai taek anjing pulak macam.............
perh, ramai.. korang nilaikan lah sendiri..

sekian, jumpe entry akan datang..
In Sya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...