every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly

July 06, 2011

konon baek la bile ber"TUDUNG"?

perh... ada siapa-siapa terasa tak dengan entry aku hari ni?
atau ada yang nak membangkak?
well ada aku kisah?? haha...

bukan maksud aku semua yang pakai tudung tu sama perangainya.. bukan semua jahat.. tapi banyaknya yang hipokrit la. cuba tanya diri korang sendiri.. kenapa pakai tudung?? sebab dari kecik memang dah dididik pakai tudung, memang kebiasaannya mak bapak korang akan pakaikan korang tudung. even umur korang masa tu baru 2tahun...

atau sebab sekarang dah IN pakai tudung ni? look at Yuna, Hana Tajima. korang nak jadi macam dia orang kan? ya..korang memang copy paste yang sangat sempurna. korang boleh tiru orang sebijik-sebijik kan..tetttt.

atau sebab korang bakal kawen, dah kawen atau dah punyai anak. so kena la pakai tudung.. untuk orang takkan cakap korang buang tabiat!! tambahan pulak bila suami korang dah keluarkan ayat yang macam nieh..."pakai la,tutup aurat.. dosa ayang tu abang yang tanggung." atau kalau laki korang kata macam ni lagi sadis.. "pakai la.. awak ingat cantik sangat ke rambut awak yang mengerbang macam hantu kak limah tu?" mau berdarah kut hidung korang kalau kena sound tepek camtu kan..haha

atau..korang pakai tudung sebab korang nak melengkapkan diri korang masa mengadap yang SATU nanti. nak menjadi wanita solehah yang boleh menjadi bidadari di syurga sana. alhamdulillah kalau itu niat dihati..insyaallah akan diberkati.

(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)

sebolehnya aku pun taknak cakap pasal benda diatas.. maloo kut. kitakan seagama. tapi bila direnung kembali.. aku kena terima walaupun pedih.. sedih. tudung itu tak lebih dari tempat menutup aib yang ada. kenapa? cuba korang pergi la kuar hujung minggu.. perhatikan orang yang ada kat sekeliling.. tak payah nak kutuk awek hot yang korang nampak tu. YES!!.. dia lawa. kurniaan yang diatas sana. salah ke dia? dan korang kutuk dia, sebab dia diciptakan sempurna paras rupa.. jangan jadi manusia yang dah buruk muka dan hati. sekurang-kurangnya adalah salah satu.. dan bonus kalau ada kedua-duanya.. amin.

tengok couple yang aweknya pakai tudung tu.. nampak tak mana tangan boyfie dia tu berada? dekat pinggang. dan si awek tu pulak.. kejab duk betulkan baju boyfie dia. kejab dok mengesel-gesel paha.. What the fish? oh..lupa pulak.. kan ada baju..tak sentuh pun kan. ya, ya...memang tak dosa la.. pastu bila dah terlanjur boleh salahkan yang tidak bertudung ni. pakai baju seksi sangat. sampai lelaki tengok pun tergugat iman. tapi asal korang tak rogol je yang seksi tak pakai tudung tu, biar padan muka dia. tapi ni korang g praktiskan ape yang korang nanpak tu kat awek korang yang tudung litup tu..pandainya kan.

pastu lagi.. boleh la korang jadik stalker. g la satu-satu blog.. tengok apa yang duk orang merapu panjang-panjang kat page tu (terasa).. tengok la yang islamik sikit. sikit-sikit je cakap suka tengok halaqah.. sikit-sikit cakap pasal solat. sikit-sikit je cakap sal berdoa, redha. tapi hakikatnya. bila call orang lain. boleh memaki hamun. sangat bersopan santun kan.? memang dalam islam ajar kita cakap kasar kat orang lain. boleh gelar orang tu dengan gelaran yang korang nak.. even korang tak tau orang tu macam mana. (ni pengalaman aku oke)

lagi pulak, cuba la g search kat muka buku..tengok awek-awek yang bertudung ni punya status... memang la desperate teramat sangat.. "aku cintakan dia, tolong tuhan jangan ambil dia dari aku. aku akan mati tanpa dia" "dah tak boleh nak menghadapi hidup ni lagi,kenapa si polan merosakkan hidup aku" "bosan la,sapa nak teman g tengok movie ni".. aku sangat la geli bila ada ayat-ayat camtu. bajet update status tulis camtu? untuk bagi tau orang-orang berkenaan yang korang tu perempuan baek dan tak patut diperlakukan sesukenya ke?

Gurlz..tolong la bangun, jangan nak lembek sangat la. bajet nak suh orang back up belakang korang je. ape orang buat tak penting. yang penting korang sendiri jaga diri, maruah.. dengan sendirinya orang takkan boleh nak apa-apakan korang. cam ape je la kut. rase nak sepak-sepak je muka korang tau biar sedar sikit!!

oke la..dah terlalu panjang pulak entry kali ini.. biasa la..emo lebih bila dah menanti hari nak kibarkan bendera merah nie. so kesimpulannya hari ini, aku nak katakan.. tudung tu bukan trend, boleh pakai untuk suka-suka. pakai t-shirt pendek,sendat.. pakai tudung.. nope! it's not oke. lagi pulak, silalah buat yang penting dulu contohnya solat 5 waktu. puasa.. n tinggalkan larangannya (tak perlu nak betepuk bertampar sangat la.. tak yah nak konon-konon korea suh encik boyfie korang gendung semua) geli oke.. ni entry khas untuk yang bertudung sahaja.."renung-renungkan dan selamat beramal" <-cakap kat diri sendiri..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...