every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly

July 14, 2010

andai kau tahu (episod 1)


Di pantai sepi ini,aku keseorangan. Terasa ketenangan yang ku cari-cari selama ini. Letih!! Ya itu pekataan yang paling tepat untuk semua ini. Maafkan mama sayang. Mama terpaksa pergi walaupun mama rindukan anak sangat. Mama tak dapat mempertahankan Wafiq, betapa lemahnya mama sayang.Huh….

Sesekali mata ku kerlingkan ke ombak yang bergelora. Seperti perjalanan hidup ini, ada pasang dan ada surutnya. Tapi, bilakah akan surutnya hidup ku ini?? Seperti tiada penghujungnya masalah yang aku hadapi. Ya TUHAN, andai ini ujian darimu. Aku redha, dan aku berserah segalanya padamu. Masih ku ingat lagi, disinilah dulu kami berbulan madu, berjanji setia bersama.. Nyata segalanya hanyalah tinggal kata-kata.

“Ayang.. thanks bab sanggup jadi wife abang, n sanggup terima abang dalam hidup ayang. Walaupun kita kahwin macam ni.. abang bahagia. Abang janji, abang tak akan sia-siakan ayang.” sambil tersenyum Wan menuturkan kata-katanya. Aku turut tersenyum mendengar pengakuannya itu. “Ayang tak harap emas permata dari abang, tapi cukuplah abang setia dengan ayang sampai bila-bila. Itu je ayang mintak abang. Walaupun ayang tau, susah untuk kita hadapi masa depan. Tapi semua dah pun jadi n ayang terima dengan hati terbuka. Mungkin perkahwinan kita ada hikmahnya. Cuma bila kut abang rasa nak bagi tau family abang tentang semua ni?” persoalan itu timbul semua di benak fikiranku. “Hurm, sabar dulu la ayang. Biar abang habiskan study dulu k. Nanti sampai masa, abang bagi tau ayah n ibu. Then, kita pun akan ada perfect family macam orang lain. Ada anak.. ayang nak kan lahirkan anak abang??” soalnya nakal. Aku terdiam kelu tanpa bicara.

Sesungguhnya aku belum lagi berfikir sejauh itu. Tentunya aku juga pernah mengimpikan melahirkan zuriat untuk dia yang aku cintai. Selama 4 tahun aku menjaga perhubungan kami. Akhirnya perkahwinan menjadi tanda segala kasih dan sayang kami. Cuma yang aku kesali, perkahwinan kami bukan seperti orang lain. Pengantin diraikan, Inai merah ditangan ataupun majlis yang gilang gemilang. Perkahwinan impian ku sejak kecil lagi untuk meraikan majlis perkahwinanku di tasek tidak menjadi kenyataan. Yang ada hanyalah kenduri doa selamat dari keluarga disebelah pihakku. Dan yang hadir bagi pihak lelaki cumalah kawan-kawan Wan sendiri. Ah, betapa semua ini masih tak dapat aku lupakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...