every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly

July 16, 2010

bila cuka ada dihati

cinta hadir tanpa disedari.. aku senang dengan sikapmu bukan bermakna aku sayang.
namun kini, hati ini telah kau miliki.. dan aku senang begitu.. kau berilah cinta itu.
siramilah dengan penuh kasih sayang kerna ku pasti takkan selamanya kekal indah.
cerita kita ini tentunya beronak dan berliku..

__________________________________________________________________

bila sendirian begini aku terasa sepi, tanpa dia insan yang aku cintai..
terasa kosong jiwa ini.aku perlukan dia di setiap detik waktu,
kerna hanya dia yang mampu membuatku bernafas lega..
dengan kasih dan cintanya itu??

dimana cinta itu.. adakalanya diri ini kecewa dengan sikapmu..
dengan dirimu.. namun, untuk meninggalkanmu,
bolehkah aku?? ku tahu ku sayang kamu, kerna kamu kini dihatiku.
dan tak mampu untuk ku usir biar seribu tahun mendatang,
kerna kamu..terlalu istimewa di hatiku.

apa lagi aku perlu lakukan hanya untuk bersamanya.
dia kini bukan lagi yang aku kenali dulu..
aku cuba menerima segalanya, namun semakin hari..
semakin aku tidak fahami..kenapa tak pernah dia cuba mengerti diri ini.
kenapa dia begini setelah semua ku lakukan demi semata-mata dirinya.

segalanya berakhir kini, disini aku sendirian tanpa dirimu menemani..
pergilah kau andai dirimu bukan milikku lagi..
kerna tiada lagi air mata untuk ku tangiskan lagi,
kau tahu segala yang ku lakukan umpama melukut di tepian gantang!!
sekarang pergilah dan tak usah kembali,
akurelakan segalanya yang berlaku antara kau dan aku.
walau semuanya hanyalah racun di hati kecil ini.
sesungguhnya kau tak pantas untuk memiliki..

kini kita dalam dunia berbeza..
kau dan aku punyai hala dan tujuan yang laen.
entah kenapa,berulang lagi peristiwa ini.
aku cuba menerima segalanya, dengan hati yang tabah..
dan aku pasrah andai sudah ini suratan takdir.

cinta ini pergi dan terusan menjauh dari diri.
haruskah ku akur pada setiap ketentuan ilahi?
perlukah ku pendam setiap duka dan kecewa dalam hati..
atau ku biarkan semuanya berlalu dan pergi.
cinta itu tak mampu ku gapai lagi,
aku yang terlalu bodoh dan hina..
tidak mampu untuk mendekati cinta nan suci itu.

akhirnya segalanya telah kau ucapkan..
bagaimana untuk aku meyakinkan diri ini,
yang kau telah pergi meninggalkan aku sendirian.
yang ada hanyalah kenangan lalu yang tak bisa ku ulangi lagi.
kau berubah sekelip mata, kau tak pernah cuba meyakinkan aku..
yang hanya diri ini bertahta dihatimu..
dan paling pasti, kau tak yakin untuk mengakui cerita luka lara ini.

akhiri segalanya.. biar hilang sayang..biar hilang rindu..
biar lenyap semua rasa di hati ini.
aku mengundurkan diri dengan maruah diri.
kau bukan lah sesiapa dihati ini,mahupun dalam diri ini..
kau cuma sekadar syiling satu sen, dan tak bermakna untukku.
tapi karat dirimu melekat di bajuku..
menjadi tanda di diriku.

makin aku dekati, kau jauhi.. aku ada harga diri, memgapa kau buatku begini..
di waktu ini kau tinggalkan aku sendiri..

coretan masa lalu.. :)
berakhirlah dengan bahagia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...