every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers

April 18, 2011

Frust Berguling

dulu penah awak bagi tau saya..
awak nak couple dengan "seseorang" sebelom 1/1/2011
saya bagi awak sokongan sepenuhnya,
walau hati saya sebenarnya meronta..
ingin mengatakan, saya kan ada.. saya sayang awak..

pastu awak tak couple dengan sesape.
dan awak kata pada saya.. tunda la sampai 11/1/2011
awak kata lagi masa tu,
susah-susah awak couple je dengan saya.
saya tau awak main-main. tapi saya tetap gembira.

dan awak bertungkus lumus kenal dia.
walau saya tau dia bukan yang terbaik untuk awak.
saya tetap katakan tahniah awak.
impian awak dah terlaksana..
walau hati saya marahkan awak pilih dia.

ternyata betul ramalan saya,
dia kecewakan awak..
awak mula mengadu itu dan ini.
ye dia tak setia, dia hancurkan impian awak.
dan saya yang masih ada disisi awak saat ini.

tapi sekelip mata awak boleh jatuh cinta lagi.
dan saya tau dia wanita yang baek.
saya dapat rasakan awak akan jauh dari saya.
awak benar-benar akan tinggalkan saya.
walau dr dulu awak memang dah tinggalkan saya..

awak diam seribu bahasa dari saya..
saya faham, awak ada dia.. dan tak perlukan saya lagi.
takpa lah, saya undurkan diri.
bukan sebab saya nak lupakan awak..
tapi sebab saya tau awak perlukan ruang untuk bahagia.

dan semalam.. saya dikejutkan dengan berita itu.
walau awak tak beritahu saya sendiri.
tapi dari status facebook awak, saya tau awak bahagia sekarang.
dan tak salah keputusan saya undurkan diri.
sebab awak akan jadi tunangan orang..

saya doakan kebahagiaan awak.

selepas ini, xkan ada lagi entry tentang awak di sini.
tentang awak.. ada juga di sini dan di sini juga :')

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...