every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers

May 13, 2012

sy memang kejam..maafkan sy


Awak hari ni patutnya saya biarkan awak gembira..
its ur day..tapi saya tak mampu untuk buat awak tersenyum pun..
saya lukakan awak lagi, seperti sebelumnya..
saya minta maaf..

Awak saya ingat lagi.. selama 5 tahun kita kenal..
satu-satunya lelaki yang sanggup menunggu dengan hanya menjadi kawan adalah awak.
banyak yang awak hadapi kerna saya..
saya minta maaf..

Awak setiap kali saya katakan maafkan saya..
tulusnya hati awak memaafkan saya.
walau setelah saya kenali awak sekarang, awak sebenarnya teramat baran.
saya minta maaf..

Awak saya tak pernah terlintas untuk lupakan awak.
tapi hari ni awak kata saya lupakan awak.
perkataan yang tak pernah awak katakan selama ini.
saya minta maaf..

Awak kata, saya tak pernah cuba paham awak..
awak kata, saya tak pernah tahu awak punyai perasaan.
awak kata, "saya cintakan awak......"
saya minta maaf.

Awak terlalu lama awak menunggu saya..
sebelum saya menjadi seorang "IBU"..
sebelum saya menjadi seorang "KEKASIH"..
sebelum saya menjadi seorang "YANG SAYA INGINKAN"..

Awak pertama kali kita jumpa..
saya sememangnya tak ikhlas..
saya cuma nak lupakan yang terdahulu..
saya cuma nak menyakitkan yang lama..

Awak kedua kali kita berdating..
saya mula sedar..awak cute..
lesung pipit awak buatkan saya sentiasa tersenyum..
kata-kata awak tak dapat saya lupakan
awak : "kadang-kadang jodoh ada depan mata kita"
saya : "then awak nak saya kawen dengan udang ni ke?"
masa tu kita tengah makan, awak tercekik terus..

Awak kali ketiga kita balek kerja bersama..
saya tunggu awak lama. tp saya tak takut sikit pun.
awak minta saya turun stesen yang saya biasa sangat..
ingatan saya terlintas pada si dia, itu office lama si dia..

Awak empat kali pertemuan..
saya dah terlalu mengenali awak, juga family awak..
awak bawa saya jumpa mereka semua.
walau awak tak pernah jumpa mak saya sekali pun.

Awak terakhir kali saya jumpa awak..baru je beberapa hari lepas..
awak ajak saya keluar makan..saya memang lapar sangat..
saya nak makan lauk-lauk awak tak kasi..
awak kata "makan nasik goreng, awak belum gaji"

memang dalam hati saya kata awak kedekut..
awak order "nasik goreng kampung letak telur mata" dua..
dalam hati memang saya taknak makan...
saya tarik muka..lepas tu awak paksa jugak saya makan..

bila saya makan nak dekat habis..
tetiba saya rasa nak tercekik..
rupanya awak letak "tanda" dalam telur tu..
patut la awak beria-ia kata belum gaji..

awak..saya rasa nak mati tercekik; rasa macam-macam..
awak..saya rasa nak nangis, nak mara, nak gembira.
awak..saya terkejut sangat.
awak..saya minta maaf..

saya sayangkan awak..
saya belum bersedia awak..
saya tak menduga semuanya awak..
saya perlukan masa awak..

saya kejam, saya terlalu memikirkan hal diri saya sahaja..
sampai saya lupakan awak. hati dan perasaan awak jugak.
awak sentiasa memaafkan bila saya memerlukan,
sehingga saya lupa segala yang awak hadapi untuk saya..
awak..saya minta maaf..
saya tak layak untuk awak..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...