every gurls have there own Herstory, but me?? i fight for it.
Lyrics (58) Tips (19) Quotes (12) Baby (10) Vblog (6) Imamku (5) gelagat manusia (3) Cit Cat (1) Novello (1)

Translate

SincerityNaddyStory

My photo
♥normal♥simple♥friendly
Lilypie Kids Birthday tickers

December 29, 2011

fairytale..

Nie la tema untuk dinner mida baru-baru ni..
FairyTale
tahun ni siap dari opiz je,
sebabnya hotel dekat bebenor dengan opiz tu ha.
make up by kak naz..dan rasanya saya suka cara dia.
mungkin lain kali pun akan minta dia yang make up lagi.
baju and kasut pulak pilihan saya and mr. pelik..

tapi tahun ni, macam biasa la..
tak cukup jugak kami bff semuanya..
azu cuti bersalin, and nory pulak mertua sakit.
cuma aku, dhea and lysa je yang ada.
takpa cuba untuk tahun depan untuk penuhkan meja ya.
:)

<3 the most..





march to april

Dulu sangat-sangat aku tunggu untuk march 2012..

kenapa? sebab aku nak buat semua masa tu..
aku tak kisah habis duit untuk hari tu..
walau bajet yang aku kira memang tersasar jauh dah..

segalanya dah dirancangkan..
barang kebanyakan pun dah beli..
cume tinggal tunggu masa itu sahaja..

tapi ada saja halanganya, dari awal-awal lagi.
apa masalahnya tak juga aku ketahui..
dulu.. ada saja tak kena..ada saja yang dibangkangkan..

rasanya tiada apa yang penting dari kemahuan yang empunya diri.
biarlah aku yang tentukan apa yang aku mahu.
tak semua orang sama kemahuannya bukan..?

"mungkin kau suka honda.
tapi aku mahukan mercedes.
tapi ada juga yang pakai audi r8.."

apa masalahnya?
ukur baju di badan sendiri..selagi mampu dan terdaya.
biarlah mengikut citarasa si empunya badan.

dan sekarang isunya, kelapangan orang lain.
apa masalah jikalau yang lain-lain tiada.
semuanya masih boleh diteruskan bukan?

yang penting adanya  si empunya diri sendiri.
tapi selepas ni masihkah ada si empunya diri 
atau dah terlewatkan untuk semuanya.

December 26, 2011

bajet..

biar betul bajet list yang aku buat nie..
kenapa bile beli..sumenye macam tak ikut je..?
baek xyah buat gitu..kau tau x byk lagi nak kene beli nie..
hai la duwet, makin banyak la kau mengalirkan..

December 23, 2011

PERGI SAJA..

terima kasih tuk luka yang kau beri
ku tak percaya kau telah begini
dulu kau menjadi malaikat di hati
sampai hati kau telah begini

berkali-kali kau katakan sendiri
kini ku telah benci, cintaku telah pergi
pergi saja kau pergi, tak usah kembali
percuma saja kini hanya mengundang perit

cukup tahu ku dirimu
cukup sakit ku rasakan kini

janji yang selaluku ingat tinggal mati
kau setia hingga ku kembali
berkali-kali kau katakan sendiri
kini ku telah benci, cintaku telah pergi

pergi saja kau pergi, tak usah kembali
percuma saja kini hanya mengundang perit
buang saja kau buang cinta yang kemarin
perasaan tak mungkin percayamu lagi

cukup tahu ku dirimu
cukup sakit ku rasakan kini

pergi saja kau pergi, tak usah kembali
percuma saja kini hanya mengundang perit
buang saja kau buang cinta yang kemarin
ohh percayamu lagi

tinggalkan saja diriku
semua kan percuma
cukup tahu ku dirimu
cukup sakit ku rasakan kini

December 19, 2011

update

bz sangat-sangat la sekarang nie.(sumpah tak tipu)
sory la untuk yang menanti latest update dari sinceritynaddystory..
akan mula menulis balik secepat yang mungkin..
banyak yang nak dikongsikan nie..

:)
kadang saya happy,
kadang saya sedih,
kadang saya marah,
kadang saya takda perasaan lagi..

December 12, 2011

kurus VS gemuk

hai semua gadis kurus dan teruna gemuk...
apa khabar anda untuk hari ini..
makin bertambah kurus atau gemuk..??

okeoke...jangan la fed up..
aku tau ramai orang sensitif topic kurus gemuk nie.
aku cukup memahami orang yang rasa diri tak sempurna,
sebab tak dapat badan yang ideal like me..haha.

lumrah manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dah ada.
sapa yang kurus.. nak badan cubby2 kan..
kononnya..bile nak peluk sedap la..
then nampak berseri bile ada pipi yang comey lotey.
dan sapa yang gemuk pulak nak badan slim kerengga..
sebabnya semua model pun kurus..
lagi kalau kurus senang skit, baju sume pun boleh pakai..

KAN DAH KATA MANUSIA TAK PERNAH PUAS...!!! grrrrrrr

tapi ada jugak yang kata bila gemuk...bahagia la tu..
dan bila kurus tu tengah menanggung derita la apa lagi..
betul ke kawan-kawan semua?

macam tu aku kategori orang yang tak bahagia la ye?
sebab kurus aku nie makin lama makin tak dapat nak di bendung lagi dah..
tapi my Mr. Pelik sendiri cakap..
saya nie la penyebab yang dia kuat makan sekarang,
 sampai buncit comey sekarang..
nak lari masa futsal pun tak larat...hehe

bagi aku la..tak kisah la gemuk atau kurus..
itu tak dapat mengambarkan kita bahagia atau derita.
sebab setiap individu itu sendiri..
ada cara masing-masing untuk menunjukkan reaksi masing-masing.

contohnya,
ada gadis akan makan banyak-banyak bila gaduh dengan bf.
makan coklat berbakul-bakul, sebabnya nak hilangkan stress...
tapi
ada jugak gadis dia tak boleh nak makan or buat apa-apa pun bila gadus dengan bf..
takde selera nak makan sebabnya sentiasa ingatkan masalah.

so jangan la kita mentafsir seseorang tu dari bentu tubuhnya sahaja...
sebab tu semua tak bererti apa-apa..
ye la..ada orang gemuk sebab susah nak yayak la..
simpan lama sangat dalam badan...hehe

~me and my boyfriend~

nota : haty  sila la gemuk sikit wahai naddy amat... ^_^

December 02, 2011

Ombak Rindu sangat best..:)

betul kawan-kawan saya tak tipu..
berlarilah ke pawagam berdekatan untuk menyaksikannya sendiri..
huhu.. actually puas hati sangat-sangat semalam.
sebab dah cakap kat Mr. Pelik,nak tengok semalam..
sebabnya Ombak Rindu keluar 1/12..
tapi Mr. Pelik cakap nanti weekend la..
nak kejar tengok pun bukan ada pape..
hurm.. pastu, saya pun mengalah la..
sebab memang weekend pun boleh tengok macam selalu.

tapi seperti biasa, perasaan kurang puas hati saya semakin menebal-nebal.
balek keje tu we all terus g bayar duit kereta saya.
pastu saya pun pe lagi, memulakan la ayat-ayat cinta..
Mr. Pelik yang termakan dengan gula-gula yang saya kasi..terus la cek movie kul bape.
then memang bagus.. sebab ada pulak, n sempat we all nak g tengok.
so apa lagi.. terus saya cakap NAK!!!

sinopsis..

Izzah seorang gadis yatim piatu.. ibubapanya telah hilang di lautan, jesteru itu Izzah tinggal bersama makcik dan pakciknya yang kuat berhutang. Suatu hari pakciknya telah menipu Izzah mengatakan menyuruh Izzah bekerja dengan kawannya di Kuala Lumpur. Tetapi setelah sampai, pakciknya menjual Izzah kepada tauke kelab malam untuk dijadikan pelacur. Hariz pulak adalah client pertama Izzah. setelah Izzah merayu, Hariz bersetuju untuk membebaskan Izzah dari tauke dengan membeli Izzah pada harga tiga kali ganda. Hariz bercadang menjadikan Izzah sebagai perempuan simpanannya, tetapi atas permintaan Izzah..Hariz menikahinya secara rahsia.. Hariz jatuh hati pada kebaikan dan amat mencintai Izzah. tetapi, ibu Hariz.. telah memaksa Hariz untuk berkahwin dengan Mila, seorang pelakon popular. Dapatkah Izzah bahagia dengan kehadiran Mila?? :)

yang best hantaran kawen die.. JAM oke.. saling bertukar..
saya xleh macam dorang tu bab Mr. Pelik tak pakai jam.
baru je nak beli nanti sebab dapat baucer free..hehe.
yang penting g la tengok oke..sangat best. thumb up..

December 01, 2011

Di Atas Satu Cinta


jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

*
subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur ke barat
selalu dihatiku

repeat *

selalu dihatiku

repeat * (4x)

selalu dihatiku

semoga cinta yang aku ada berlandaskan jalan Allah, dan selamanya begitu. cinta yang tulus dan suci dari hati untuknya takkan hilang malah bertambah setiap kali aku bernafas. semoga akulah bidadari yang menemani hidupnya dunia dan akhirat nanti. amin..24/03/2011 until the end of time..

Kesepian

dimana kamu dimana, di sini, bukan
kemana kamu kemana, ke sini, bukan
katanya pergi sebentar, ternyata lama
tahukah aku sendiri menunggu kamu

reff:
jangan kau pergi lagi
aku tak mau sendiri
temani aku tuk sebentar saja
agar aku tak kesepian

katanya pergi sebentar, ternyata lama
tahukah aku sendiri menunggu kamu

reff2:
jangan janji-janji terus
aku tak mau kau bohong
temani aku tuk sebentar saja
agar aku tak kesepian

repeat reff

nota haty :
JANGAN JANJI-JANJI TERUS, AKU TAK MAU KAU BOHONG.....
(plz take note My Mr. Pelik)

November 30, 2011

PUSRAWI I HATE U!!

ye..jangan kelip-kelip mata anda macam tak percaya.
saya memang tak sukakan pusrawi..
walau danish yang gebu and capang tu lahir kat sana.
tiada yang membanggakan lagsung la dorang tu.
service lambat. doct pun cek ala-ala kadar je. tak sentuh pesakit sikit pun oke...
y la my opiz abik dorang jadik hospital panel kan?

sadis betul.. bill nak mahal je, tapi tak memenuhi kehendak.
sebelum nie memang rasa tak oke pun kat situ.
tapi rasa tu dah sampai ke kemuncaknya sekarang.
n dah rasa macam meluat nak pergi lagi.
sebab.. boleh ke baik.?. baik tunggu sihat sendiri je k..

hari sabtu lepas, aku g la pusrawi sebab mata aku membengkak.
maybe sebab eczema. alergic dari sesuatu..
sesuatu yang ape? jangan tanye la.. aku bukan doct nak tau sume tu.
tapi dari tekaan aku.. sebab makan mee raja malam jumaat tu.
so gatalnya, tak terkata la..memang aku rase nak cabut-cabut je badan nie kalau boleh.

Mr. Pelik pun hantar la aku g Pusrawi yang kat jalan ipoh tu.
sebab nak g HQ kene bawak GL pulak.. leceh la. lagi pulak hari minggu.
aku dapat jumpa doct perempuan..n cakap la pasal sume-sume.
die tak cek pun mata aku ke apa.. kalau aku jadik buta lepas nie, aku saman Pusrawi.
dia suruh aku ambil injection untuk tahan gatal. macam biasa-biasa la tu.
walau sakit dia sampai aku terus tak duduk lepas tu..
seriuz, doct die ganas.. then suh aku ambil ubat.
satu untuk makan kalau gatal, satu lagi untuk sapu...

bile dapat ubat sapu kan... aku jadik stress.
.
.
.
.
.

die bagi aku ubat nieh ha.. memang boleh sapu kat mata..
kalau kering ubat tu memang takkan masuk mata habuk dia kan..
doct jangan la bodo sangat, saya pakai ubat tu bila nak keringkan jerawat je.
tu pun buat macam bedak sejuk.. macam mana nak letak dekat mata?
fcuk


November 29, 2011

Kami undi BN...


Baru-baru ni (padahal dah lama) adalah aku teman kan Mr. Pelik g Job Fair.
Dianjurkan oleh BN so dinamakan BN Youth Job Fair...ala, dekat je kt PWTC.
lepas tu kan... macam biasa la. g dari satu ke satu booth.. n pass resume je.
ada jugak yang ingat aku pun nak apply keje.. padahal aku pakai sangat la tidak formal.
tapi aku tengok dorang yang ramai-ramai g pun pakai tak formal pun.
tah pape la "budak-budak" nie, kata pun carik keje. so pakai la betul-betul sikit.
nampak kan diri tu matured and boleh membanggakan company.
nie dak.. macam mintak keje fastfood je aku tengok.. kalau budak skol lagi takpe.
nie dah belaja tinggi melangit tapi tu pun tak tau nak pikir sendiri.
pandai-pandai la semua kan.. dah besar panjang pun..tegur kan, merajuk pulak..hehe


pastu yang bestnye jumpe nasha aziz.. seriuz tinggi gila la..
die siap tunduk-tunduk masa abik picca ye..
so korang tau dah kan kenapa aku tak jadik model sekarang nie.hehe


yang terakhir sekali, aku dah apply untuk mengundi.
and dah jadi pun puteri umno..Mr. Pelik? die pemuda la.
xkan nak sama puteri jugak kut...
:)

November 26, 2011

Every new beginning comes from other beginning's end..

Hello all my followers and readers..:)

Alhamdulillah masih lagi kita bernafas hari ini, syukur kehadrat ilahi..
Masa yang terbaik untuk kita membuat penghijrahan kan?
berubah untuk sesuatu yang lebih baik mungkin..
buat sesuatu yang lebih berfaedah dari sebelum ini.
dan belajar untuk mengharungi masa akan datang dengan lebih sabar dan kuat.
bukan tak kuat untuk sebelum ni, cuma mungkin boleh jadi lebih bagus dari itu.


Permulaan maal hijrah is bila Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Masa tu tahun 622 Masihi ye kawan-kawan.. A long time ago..
Is mean permulaan baru bagi umat islam bagi menuntut keadilan and kebenaran.
Masa tu Nabi Muhammad telah menyatukan antara Muhajirin and Ansar..
Ingat lagi tak masa skol dulu-dulu..
 kita akan buat perbarisan and pusing-pusing bawak sepanduk.
Miss that time la, walau panas tetap akan kena jugak jalan kan..

Oke, yang paling penting perubahan yang kita nak buat.
Kita boleh memilih untuk jadi lebih baik or sebaliknya.
I mean siapa la yang boleh jadi perfect..
tapi kalau boleh jadi lebih bik kan dah cukup bagus.
berbaloi-baloi la.. tp nak abik first step tu yang susah kan you all?
tapi tak semestinya masa nie je boleh nak berubah..
setiap ada niat..kita laksanakan la. sebab selalu bila tunggu and ambil masa...
benda tu takkan terjadi..ikut pengalaman i la tpi bulan i cakap jangan berubah.

"sentiasa la kita berubah untuk jadi yang lebih baik, bukan untuk orang disekeliling kita
tapi untuk jadi lebih baik di sisi Allah Taala.. Amin"
Salam Maal Hijrah

November 17, 2011

Syella Kamaruddin Sorok Suami?

Siapa sebenarnya syella kamaruddin nie? aku pun tak bape kenal die. but dari apa yang aku jumpa dari encik google.. die nie artis yang seangkatan dengan syura and siti nurdiana dulu. thanks pada encik google..:) dulu dia nie boleh di kirakan sebagai kurang berkemampuan (miskin). jual nasik lemak tepi jalan, tak habis pun study sebab family tak mampu. tapi masa jadi artis tu, boleh tahan jugak la seksinya die nie. tapi adat la, artis ade ke yang tak seksi? yang pakai tudung pun sume baju ketat metat lagi kan. ho ho ho... (aku pun same je jgk, manusia semua ada khilaf)

aku duk tengok sibuk la semua orang update pasal die nie.. ape ke jadahnye? rupe-rupenye bab die kahwin tapi bersanding sorang-sorang. ala ape yang nak heran sangat la kan. janji dah ada ijab kabul. n sah dorang punye status perkahwinan tu. kite doakan la yang terbaik. amin.. tapi orang sume sibuk do ngutuk die sebab kawen hantaran nak gah. dapat banglo n audi R8 oke.. ko hade? hehe.. dan pulak kawen buat besar-besaran, 17 khemah tu..sape la yang dieh jemput ramai-ramai tu ye dak.. tp point aku sebenarnye, bagi aku tak baek la orang nak mengutuk-ngutuk die. bayak yang aku nampak dari pandangan aku sorang insan yang banyak kekurangan nie..

1. die bersanding sorang-sorang.. so what? biar je la.. mane tau husband die gayat naik pelamin ke. mane korang tau kan.. (die respect husband die yang tak nak orang ramai tau siapa die, so biar la die jadi isteri yang mendengar semua kata-kata suami die. buat apa la kite nak sibuk duk tau siapa suami die kan).

2. die cakap kereta die bkn mini cooper but audi R8.. bile cakap salah, bile tak cakap pulak kene kutuk. so mane satu la yang korang nak sebenarnye. die cakap or tak. memang die bersalah kan. ye la, die betul kan mungkin nak bagi tau bende yang betul. kalau nanti tak bagi tau. orang ingat die jual pulak hantaran die. kang kene kutuk lagi.. lagi pun bukan korang ke yang sibuk duk nak cakap pasal barang hantaran yang die dapat. biar la, suami die mampu nak kasi. yang korang mengutuk-ngutuk dapat dosa adalah.

3. baju rekaan dari Hatta Dolmat. la tu pun korang nak jadi isu ke.. baju tu bukan Hatta Dolmat buat la ape la. tak kisah la siapa pun yang buat baju die, bukan penting pun. janji dah selesai semua majlis die.. lagi pun kan banyak baju yang die pakai. so maybe Hatta Dolmat just buat beberape pasang je la kan.. yang lain mungkin betul la friend korang tu yang buatkan. pikir la positif sikit. asik la duk cakap orang lain penipu.. hurm.

4. majlis besar-besaran membazir. bagi korang yang nan ado tu mungkin la rase majlis die besar n banyak membazir. tapi mungkin itu ikut kemampuan bagi die. kite manusie kan sumenye lain-lain. jangan la letak diri die kat situasi korang. lain bebenornye tu la... lagi pun die kawen kan pakai duwet die sendiri bukan tagih mana-mana sponser pun. lagi pun baju die tak masuk muzium pun.haha. pe la korang nak kecoh-kecoh sangat nie. janji die tak menyusahkan korang dah la. sile buang jauh-jauh perasaan hasad dengki tu. aku paham ape yang korang rase. korang iri hati kat majlis die yang super duper best kan..? korang pun nak majlis meriah macam tu kan.. aku pun same je rasenye..tapi tak perlu ada hasad dengki kalau korang tak mampu.. :)

5. perampas suami orang. well siapa la kite nak cakap orang lain macam tu kan? yes.memang die tak bagi tau siapa suami die lagi. but aku dah tau pun siapa VVIP yang dimaksudkan. bagi tau korang jugak?? tak yah la.. kang korang pulak jadik perampas suami orang. ahak..ye die isteri kedua pada VVIP tu, so itu maksudnya die merampas ke? suami die mampu untuk berkahwin lebih dari satu. so biarkan je la.. lagi pun ade ke istilah merampas suami orang kalau lelaki sememangnya boleh berkahwin empat? korang nak cakap isteri-isteri nabi muhammad tu perampas ke? sume isteri-isteri nabi muhammad boleh di jadikan wanita contah kan.. aku tak maksudkan korang kene buat syella nie sebagai contoh oke.. maaf, bercakap ikut la logik. bukan dari apa yang korang tengok je. yang paling penting jangan mengurangkan pahala kite semata-mata kerana Syella nie.

untuk tak menghampakan korang aku attc sekali picca die..

selamat menikmati dan selamat beramal..

cantik.. bagi aku baju n make up dieh perfect..

kereta mini cooper die yang akan di ganti dengan audi R8

simbol dari rumah yang die akan dapat.. perh, lawa umah die kan..?

November 14, 2011

Shame on you

Nadia
.
.
.
.
.
.
.
Nadia

.
.
.
.
.
.
.
Nadia

cepat betul kau nak menitik air mate kan
sikit-sikit kau menangis
shame on you
.

Miss my dad...:'(

Abah..ya rindu abah sangat..
ya doakan abah tenang dekat sana.
abah jangan risau. ya boleh handle lagi life ya..
nanti ya ada kesempatan ya tengok abah kat sane ye.
ya betul rindu abah sangat. banyak ya nak ngadu ngan abah.

ya mintak maaf dah lama sangat tak g kubur abah. ya takde kesempatan..
maafkan ya abah.. abah bapa terbaek yang ya ada..:')

p/s : sedekahkan lah al-fatihah untuk abah saye..


November 12, 2011

HYPOCRITE!!

assalamualaikum beautiful and handsome..:)

for the 1st lepas nie i wish n i hope i takkan lagi tulis entru marah-marah.
if i nak update the story to you all pun, i will make sure i dah cool down dulu.
so i akan cakap sesuatu yang logik dek akal la kan.
dan paling penting bahasa i nanti takkan menguris si stalker tu.
=D

hypocrite.. for sure you all sume tau ape maksudnye kan.
but if tak tau jugak tanya la kat encik google..
insyaallah, pertanyaan tu akan terjawab la nanti.
oke teruskan cerita.. pernah tak you all hypocrite?
im sure korang semua takkan mengaku kan..
but yes aku mengaku aku pernah hypocrite.
contohnya aku cakap aku setuju dengan one of my friend.
but kenyataannya im not.. so tu pun dah dikire hypocrite kan?

tapi bila someone minta i hypocrite dengan allah.
perlu ke i tunaikan permintaan tu?
tak berdosa ke i nanti. or mase i buat tu, i akan di panah petir?
who's know.. kuasa allah semuanya tu kan..
permintaan tu adalah i memakai tudung semase jumpe jiran dan nenek dia.
yes. kecilkan isunye bagi korang. pakai je la.
but y i have to be hypocrite dekat allah untuk bersama dia?
bukan dia terima i seadanya ke.. yes, if i seorang isteri. i sanggup pukul la i.
if i ingkar larangan allah sebab dosa i akan ditanggung dia.
tapi sekarang apakah motifnya?

sedangkan bila sekarang dia sendiri ada melihat aurat i.
if die nak seorang yang bertudung,
kenapa tak carik sahaja seseorang yang memang berhijab.?
buat apa la pilih i kan. dan yang lebih bestnye bila dia kata,
i pergi kerja pun pakai tudung jugak. so sama je hypocrite..
hypocrite ke kalau i nak belajar dekatkan diri dengan allah?
n i rse semua dekat office i tu tau, yang i tak bertudung dekat luar.
i tau bila tak bertudung adalah satu dosa..dan dosa besar bila tidak menutup aurat.
tp bila i pakai sebab nak tunjuk dekat orang, tak berdosa ke i?
dan selepas tu dia kata, bukan dia.. but sista dia yang mintak.
untuk pertunangan sista dia semua perlulah tutup aurat.
so y mase 1st die cakap dengan i, dieh perlu mention juran la.nenek la.
untuk apa semua tu? bukan die yang malu ke sebenarnye dengan diri i?

yes, kita ada pendapat masing-masing..
ada yang rasa pakai la walau hati tak ikhlas..dan ada jugak pendapat macam i..
tapi untuk i, i takkan hypocrite dekat allah semata-mata i nak manusia puji dan sanjung.
i bukan jenis manusia yang macam tu, kata-kata dari manusia sikit pun tak lut dekat i.
bila i pura-pura hari nie, maknanya i akan terus berpura-pura untuk akan datang jugak.
so adakah i akan still jadi diri i bile i pura-pura.?

dan i mengaku.. i tak sedikit pun menyesal jika dia pergi sebab nie.
i just terkilan sebab dan buat semuanya dengan dia, dan dah plan macam-macam bersama.
dan yang paling i terkilan bila dia kata die trima i seadanya,
 but the true he not n die nak i be a
HYPOCRITE..

November 11, 2011

perbezaan antara lelaki dan wanita


wanita boleh menghancurkan hidup seseorang lelaki

manakala

lelaki boleh menghancurkan hati seseorang wanita


November 10, 2011

kalau lambat kite akan terlepas

assalamualaikum everyone..

waiting for my new entry? (haha..perasan je..)

tp saya tahu ramai yang stalker saya hakikatnya kan..

thanks a lot. semua entry saya memang untuk dikongsikan bersama.

yang baik dijadikan contoh yang tak baik dijadikan pedoman untuk hidup.

okey la, rasenya panjang lebar dan tiada kena mengena pulak intro dengan tajuk kan.

haha..malu sendiri. membebel panjang-panjang... blushing.


pernah tak korang terpikir setiap benda dalam hidup sebenarnya takkan menunggu kita.

masa sentiasa berjalan dan meninggalkan kita yang alpa.

kalau setiap benda nak survey berkali-kali. nak buat kira-kira berjuta kali..

memang alamatnya sampai ke tua pun takkan tercapai la.

dan bila masa kita dah ready, benda yang kita nak tu pun dah jadi milik orang lain.

contohnya. bila korang bercinta dan korang rasa nak kawen.

tapi tak tau bila nak kawen. oh dan tunggu masa yang sesuai la.

macam mana korang nak tau masa tu adalah masa yang sesuai ye..

bila korang dah ada calon? bila korang dah cukup kaya raya? or bila masanya yang tepat?

sekarang korang dah ada calon.. korang nak tunggu korang kaya pulak..

dan selepas bertungkus lumus 10 tahun. korang dah cukup kaya.

korang rasa inilah masanya yang tepat.

tapi masalahnya calon korang pulak yang dah tiada.

dan di kebas oleh orang yang tak cukup kaya, dan tak kisah masa yang sesuai.

so apa yang korang nak jadikan alasan lagi?

orang yang lambat memang sentiasa akan ketinggalan.

memang itu la salah korang sebab suka ambil langkah tunggu.

contoh kedua pulak, korang berhajat nak beli rumah.

korang buat kira-kira.. then buat kira-kira lagi..

genap sebulan korang rasa, ye la. nak beli rumah tu..

tapi bila tanya balik tentang rumah tu.. dah tiada. dah ada orang beli.

apa salah korang? kenapa rumah tu tak tunggu korang kan.

kenapa ada orang lain nak beli rumah tu pulak.

korang memang tak salah. tapi korang cuma lembab.


p/s : sila cuba untuk membuat 1st step. selepas tu nak or tak nak korang kena jugak melangkah walau itu rela atau separa rela. tapi kalau korang tunggu je.. memang tunggu je la yang korang dapat. benda yang paling susah adalah langkah yang pertama. selepas itu insyaallah.. allah sentiasa membantu selagi kita masih percaya  adanya DIA untuk membantu..

November 08, 2011

khas untuk hubby yang sayang cintai.

Assalamualaikum Mohd Syafiq B. Md. Jani.

Maaf kalau syg memganggu dengan semua barang yang syg pulangkan nie. Syg tau semua ini akan lebih mengganggu pemikiran b mungkin jgk b takkan suka. If lepas nie, b nak buang pun. Itu terpulang dekat diri b sendiri. Syg xkan halang, dan syg pulangkan pun sebab syg tak lagi ada hak atas semua barang tu. Tp syg hargai b pernah kasi syg semua tu. Terima kasih untuk semua walau kita cuma sempat untuk bersama 7 bulan. Tapi semua detik tu ada dalam hati and insyaallah akan jadi detik terindah dalam hidup syg. :)

Hubby, panggilan nie untuk terakhir kali syg paggil b. So izinkan syg gelarkan b mcm mase kite dulu-dulu. Syg byk sgt nak ckp dengan b. tp sekarng mungkin semua tu dh terlambat. Xtau boleh lagi ke syg nak luahkan semuanya. B halalkan semua yang pernah kite ade selama bersama. Terime kasih sebab dah bersusah pyah selama nie. Hantar syg, uruskan pasal study, walau syg tau b menyesal buat semua tu. Terima kasih sebab happykan syg selama nie. Besday syg, takkan lupe semua tu. B ada time syg down wlau b tak tau ape patut b buat, b still stuck with me. Dan sangat beterima kasih sebab b bg anak syg kenal erti kasih sorang papa. Yes, syg sure Danish akan ingat “PAPA ATAN” seumur hidup die. Thanks a lot..

Semua salah b dekat syg, yang pernah syg rasa kecewa, marah, sedih. Semua syg akan lupekan dan syg dah pun maafkan. Syg fhm semua yang b buat tu sebab b tak sure syg orangnye yg boleh isi hati b. B betul untuk semua tu, dan skrg semuanya dh pun terbukti. Syg bukan yg terbaek untuk diri b. Maafkan syg untuk semua yang pernah jadi. Maafkan syg tak dapat untuk tunaikan janji. Maafkan syg sebab tak dapat nak teruskan ape yg dah kite plan bersama. Maafkan syg ye Hubby untuk akhir kali nie.

B, lepas nie b carik la seorang perempuan yg boleh jage hati b. yang hormati b, dan paling penting yang punyai agama. Biarkan cinta kalian mendapat restu dari-Nya. Jangan lagi b salah pilih perempuan mcm syg. Sebab orang mcm syg memang takkan dpt bahagie kan hidup b. Syg doakan kebahagiaan b selama-lamanya. Syg harapkan yang terbaik untuk hidup hubby. Dan terima kasih sebab penah hadir dalam hidup syg walau sekejab. Hidup dengan b apa yang slama ini syg mimpikan.

LOVE AND MISS YOU ALWAYS MY LUVLY HUBBY. :’)
NORFAIZAH NADIA BINTI AMAT SUANTI.

p/s : surat yang tak sempat di pos.. kelaka kan saya? puff 
3/11/2011

kerenah (anak orang tak sama dengan anak sendiri)

ada ke orang nak rasa anak orang lain macam anak sendiri?
well rasenye mak aku je la yang macam tu. buat anak menantu macam anak sendiri.
bukan anak menantu je, anak orang dia jaga pun buat macam anak sendiri.
makan, mainan dan semua benda adil untuk anak dan anak orang yang dijaga.
yes, masih ingat zaman aku kecik-kecik dulu dengan kina. (miss u best fren)..
and mak aku pun pernah mention, "boleh je sayang anak orang lain macam anak sendiri".
tp boleh ke orang lain pun macam tu jugak?

barapa kerat sangat la orang yang boleh macam tu kan..
rambut pun sekarang semua dah lain-lain colournye, nie kan pulak hati orang.
biasa la tu..

bila kenduri anak orang lain.
"eh, tak payah la nak buat khemah bagai. membazir je.. makan kat dalam pun boleh"

bila kenduri anak sendiri pulak.
"eh, khemah nak kena tempah dua nie. tak cukup kalau satu je"

biasa la tu... aku paham.. :')

November 07, 2011

one more chance

saya kuatkan hati. dan menerima die kembali untuk terakhir kali.
jadi diharapkan, die tau apa yang terbaek dan ape yang kami perlukan.
saya berdoa ini adalah yang terakhir kali sebab saya pun dah terlalu penat, letih.
kite merancang tuhan yang menentukan.

November 04, 2011

Rabak Mata

Oh..sumpah cantik betul muke aku cmnie.
klu guy tengok sure jatuh hati.. (fcuk)

p/s : kenapa mata rabak?? entry tu nanti la update masih in mood mata rabak.. nk type entry pun cam..... tp for sure aku xkan lupekan.. maafkan die atau tidak?? hati sy ckp TIDAK..

November 03, 2011

letih plk dr meroyan..

oke dh penat la.. xmoh lagi buat cmtu.. sory la entry penuh emo2..
well saje je nak share sy nieh romantik (oke sila muntah).
so nak teruskan life cm biase je.. im oke. get it.. get..!! =D

November 02, 2011

update

~GAGAL~

take a step by Naddy Amat

5 step dulu ye.. sikit-sikit nanti biase la.

~ start to "berkawan" dengan orang lain. (ye xkenal mana nak suka).
~ dont try to stalker what he doing or feeling. (itu merosakkan hati sendiri).
~ pack semua yang ada kaitan dengan dia. (gonna miss my bantal nyitnyit)
~ aktiviti baru (tiada masa lapang, or hanya tito d bilik..haha)
~ sile jangan sebut or cakap pasal dia (susah nie, sbab ramai orang yang akan ingatkan).


its start from now.. hope boleh la buat ye.. oh, pack barang hari minggu la. so peluk ketat-ketat dulu bantal nyitnyit semase ade masa nie.. :)

November 01, 2011

hujan+guruh+kilat

when that happen..
plz come and hug me.
be by my side when i start to cry.

:'( takut..

im not ur PRINCESS anymore


Im not a perfect girl,
And you had not been good enough.

Yes i admit that i miss you so much,
I miss everything bout you and me before,
I miss everytime we have together..

But when im with you..

You always make me mad,
You always make me sad,
You break my heart.


Dont you know that it so hurt.
And i cant take it anymore.
Im not so strong, like you see me before.

You tell me that i have to change.
Change my atitude. change everything bout me.
But when im change, i lost my self.

I lost that the one love you.
I lost that the one miss you.
I lost that the one promise you.
That is the really what you want from me?

But you dont have to change.
I dont want the new of you.
I just love you to be you self.
Coz i know you are the one that i love most.
Doesnt matter if you give other girls to be your princess.

I still love you.!!

October 31, 2011

We have a deal, so plz forgive me.. :')



You forgive me for liking you too much,
And I'll forgive you for not liking me enough.

You forgive me for missing you so,
And I'll forgive you for being so cold.

You forgive me for the loud racing of my heart,
And I'll forgive you for not hearing it.

You forgive me for playing your games,
And I'll forgive you for toying with my emotions.

You forgive me for finding you so attractive,
And I'll forgive you for not noticing.

You forgive me for raising you up so high,
And I'll forgive you for bringing me down so low.

You forgive me for wanting to be with you,
And I'll forgive you for avoiding me.

You forgive me for being so pathetic,
And I'll forgive you for taking advantage of it.

You forgive me for not being able to let go,
And I'll forgive you for never having latched on.

You forgive me for having hopes and dreams,
And I'll forgive you for crushing them.

Forgiveness brings inner peace.
Do we have a deal?

It better for me to go

I know im not a perfect women,
You're broken heart,
I have tried to mend.
Instead i made you hurt and cry,
Maybe i should say goodbye.
Would it be better for me to go?
I asked you, and you said "NO".
Why say no when i hurt you so bad.
But believe in me, you're not the only one thats sad!
I made you hurt like mad,
If i left, would you be glad?
Deep in my heart,
I will always know,
I will love you always,
Even if i go!

October 27, 2011

kerenah (mengorat dari blog)

tempat : alam maya.
masa : suke ati korang la nak bila.
situasi : perbualan di MukaBuku.

jantan : 24.10pm akum.

jantan : 45.10pm hai awak..

jantan : 52.10pm salam, awak nak tanya sikit nie.. blog tu awk punya ke.?

betina : 54.10pm wkum salam. blog mana, n kenapa?

jantan : 54.20pm saya tanye blog tu awak punya ke? budak tu anak awk..bukan apa saya taknak la nanti kacau isteri orang. tapi awak ni comey lote. tak mungkin kut dah kawen.haha

betina : 54.30pm well. i memang wife orang pun. tetttttt.

for sure kan mesty gadis-gadis blogger nie slalu je kena ayat-ayat jantan tandus seperti situasi diatas. ye kalau dalam situasi aku la.. memang aku cakap je aku dah kawen, anak pulak 6. picca dalam blog tu pulak 20tahun lepas. ye la, siapa tahu kan.. suka hati la kalau kita nak letak picca lama pun. blog kita. siapa dorang untuk mengata-ngata. cewah..haha. untuk si jantan-jantan tandus pulak.. aku mintak plz la.. blog nie bukan fb ke fs ke. twitter or ym untuk korang mengayat. jual-jual saki baki ayat yang dah expired tu. eiii.. meluat betul!!

iklan dari tuan punya blog : jauhilah jantan tandus kerana akarnya juga haus. :)

sekian. selamat beramal kawan-kawan. k bye.

kerenah (suke nak cakap benda yang diri sendiri buat)

pernah tak korang alami situasi macam ni. orang tu pandai duk nak bercakap bum bang bum bang kat korang punye la nasihat berbagai-bagai. padahal, diri dieh sama je buatnya (hampeh). Woi-woi!! Ko cakap ngan chermin ke woi.. hakhak. gelak sikit depan chermin tengok muke ko la. ke ko nak ludah je kat muka ko tu..?

it's up to u bebeh..
ludah pun bagus jugak..
puaskan je hati ko.

oke la.. korang seriuz tak paham apa aku meraban sekarang nie? aku nampak macam seriuz stress time menaip entry nie? well. wtf aku nak stress untuk kerenah-kerenah jahaman macam nie. korang pun tau, siapa yang sedang bercakap depan chermin sekarang kan.. aku just tengah duk mengadap monitor nie je ha. haha. oke la, tak yah la aku nak bagi intro panjang mengurai sangat kan. t korang benci pulak. 

situasi 1

(semalam)

milah : dah-dah la kau menangis tu eton. ex bf kau memang dah tinggalkan kau pun. kau nangis pun bukan boleh buat di cium kaki kau balik. Dia dah tinggalkan kau. dari kau nangis meraung macam anak setan, baik lagi ko gi ambik air sembanyang, solat. tenangkan hati kau

eton : aku tau, aku just nak tunjuk frust tu yang aku nangis meraung-raung. sampai hati ex aku buat macam tu. tinggalkan aku bab aku makan kerepek pisang die je.

milah : lagi-lagi tu yang ko nak ungkitkan.. bosan la aku nak melayan kau ni.

(hari ini)

milah : eton..tolong la aku.. bf aku dah tinggalkan aku sebab aku makan kerepek pisang faverote die tu. apa aku nak buat nie. puas aku mintak maaf. aku siap dah ganti balek seguni kerepek pisang die. tapi die tetap taknak kat aku (sambil sedu sedan menangis).

eton : la.. yang kau makan kerepek pisang die buat apa? takpe la..takda jodoh tu.. ko sabar la.. tak moh tak moh nangis camnie lagi. ko bila nangis bertambah buruk macam beruk.

milah : tapi aku sayangkan dia sangat. sayang sangat-sangat. aku mati kalau takda dia.. (meraung)

eton : dah la..g ambil wuduk, ko g solat k... (cakap dalam hati ~lantak kau la)

situasi 2

kakak : kau nie kenapa nak bilik mak jugak. mak tu dah tua. patut kite bagi keselesaan dekat die. nie kau nak bilik dia pulak.

adeq : mak yang kasi. suke ati aku la..

kakak : mak cakap kat aku dia kecik ati ko nak bilik dia. ko bila orang tegur melenting. merajuk.

adeq : alah ko abek bilik aku sekali ngan bilik abah kau tak ingat pulak. kau tak pikir pulak keselesaan dia. ko tak pikir pulak kecik ati aku. sial!! (cakap dalam hati)


so dari situ kite dah dapat pengajaran yang selalunya kita hanya pandai bercakap dan tak pernah buat pun apa yang kita sendiri cakapkan tu. so sebelum korang nak nasihatkan or bercakap sesuatu.. sila la, tengok muka dalam chermin dulu.. jangan la, korang sibuk duk suruh orang lean pakai baju, tutup aurat.. padahal korang sendiri yang telanjang..

sekian.. selamat beramal. bui.

October 18, 2011

budak dilanggar yg tidak diendahkan.

mesti korang semua dah tau kan cerita hangat nie kat fb hari ini. sumpah aku mengucap panjang lepas tengok video tu ya.. dan tak dapat bayangkan kalau anak aku sendiri yang kena macam tu. mana la perikemanusiaan dorang dekat sana tu. ya aku tau semua jadi di China. tapi kite semua manusia kan, mana nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam diri sendiri. boleh je tengok macam anjing kena langgar. takda langsung rasa nak membantu? kalau anjing kena langgar pun aku kesian kut.. dan video tu nampak dengan jelas kenderaan yang melanggar tu kan.. bukan satu tapi dua.. where the human right? mana semua biro-biro yang menegakkan keadilan untuk kami semua.. sila la tampil. dan dapatkan keadilan untuk kes ini. now, menurut akbar dekat sana, budak tu masih dalam keadaan kritikal. tapi if dia boleh hidup pun, untuk apa semua tu.. tak mungkin dia akan sihat seperti sedia kala. hanya menambahkan kesakitan yang ada..

Ya Allah. tunjukkan jalan kebenaran pada kami semua umat-umat manusiamu..
Sesungguhnya kami semakin dekat dengan dunia akhir zaman (kiamat) Amin..

p/s : video tu korang boleh search kat youtube ya..taknak letak kat sini. sangat sadis.

October 17, 2011

bartatih kembali

ye...baru-baru nie saya jatuh.
lalu tersungkur.. dan saya akui..
amat susah untuk bangun kembali.
semuanya buat saya down.

dan semua yang jadik selepas tu..
jadikan saya bertambah lemah.

tapi, saya ada dia..
yang membantu.
juga, saya ada keluarga..
yang menyokong.
paling penting, saya ada Allah..
yang memberikan kekuatan kembali.

syukur.. dan sekarang saya sedang bangun.
belajar untuk bertatih lagi..
ya.. saya takkan berlari terus,
kerana saya tidak mahu jatuh lagi..
jadi terima kasih Allah, atas kehidupan yang kau berikan.

saya akan teruskan semuanya..
dan buat segala yang dah dirancangkan..

:) 

October 13, 2011

yes saya akui, saya kecik hati..

Wah!!!! pandai nye awak nie..
awak buat saya rasa down,
 mase saya memang tengah down..
macam sekarang nie kan?
haha.. bagus la awak nie.
suka sangat saya rasa camnie..
super duper down..yeh... THE BEST EVER..!

oh..tapi awak lupa barangkali..
saya pandai buat orang lain down jugak.
tapi bukan super duper..
but much more.. watch out bebeh..
u know that.. u buat i smile lebar sekarang nieh..
boi..

October 11, 2011

Hye Peniru..!! (senyum lebar :D)

happy sangat la saya ngan awak nie kawan. 
pufff...oke stop it. saya tipu ye..
boleh ke awak nie guna bahasa sendiri.
jangan la meniru-niru. rimas la saya..
saya tahu cara saya berbahasa and bercakap lain dari lain.
dan kadang kawan terikut.
tapi saya tak perlukan pantulan dari diri saya..!

oke nie bukan saya..awak boleh tiru dia..=D


HELLO..dont you have ur own originality?

upz, awak kata si dia suka meniru awak..
dan awak menyampah.
so sebagai ape saya nie rasa pulak ye..
.
.
.
.
.
tapi kan, ye ke si dia meniru awak..? ke dia tu meniru ....................
oke bye!

October 09, 2011

fuck

membuang duit, masa and tenaga aku kan..
buat apa la last paper exam baru kau nak cakap macam-macam.
baik dr awal-awal aku belaja je.
takde la membazir otak aku nak buat sume..
asgment, nk prepair utk quiz, presentation. study bla bla..
wtf... bile dah adakan masalah, kau berambus kan pagi nie?
terbaik!!! g JAHANAM la..

September 29, 2011

Future Hubby...


saya...

ye saya sayang diri saya lebih dari saya sayangkan diri awak,
sebab awak bukan sayangkan diri saya seorang sahaja.

ye saya jaga diri saya lebih dari saya jaga diri awak,
sebab awak tak pernah jaga bila saya sakit jugak.

ye saya cinta diri saya lebih dari saya cintakan diri awak,
sebab awak penah ke kisah dengan cinta saya ini.

ye saya jaga hati saya lebih dari saya jaga hati awak,
sebab awak saja yang selalu lukakan hati yang saya ada.

ye saya hargai diri saya lebih dari saya hargai diri awak,
sebab awak lebih hargai orang lain berbanding diri saya kan.

ye saya dengar kata-kata saya lebih dari saya dengar kata-kata awak,
sebab awak hanya nak kata-kata awak didengari dan saya perlu membisu.

ye saya ikut semua suruhan diri sendiri lebih dari suruhan awak,
sebab awak suruh untuk puaskan hati awak dan bukan untuk kepentingan saya.

awak.awak..boleh ke awak??
layak ke awak di sisi saya??

awak...

saya nak sayang awak,
tapi saya kena sayang diri saya dulu.

saya nak jaga diri awak,
tapi saya perlu jaga diri saya dulu.

saya nak cintakan awak,
tapi saya harus cinta diri saya dulu.

saya nak jaga hati awak,
tapi saya wajib dulukan hati saya dulu.

saya nak hargai awak,
tapi saya mesti hargai diri saya dulu.

saya nak dengar kata awak,
tapi saya mahu dengar kata-kata saya dulu.

saya nak buat semua suruhan awak,
tapi saya nak awak ikut suruhan saya dulu.

awak.awak...boleh ke awak??
layak ke saya di sisi awak.??

September 26, 2011

bz??

ye sedang melangkah ke alam yang baru..
hope so akan berjaya..
lagi-lagi berganding bahu dengan yang terchenta.
so kalau success yabedabedu la kan.
haha.. will up date soon.
see u next time bebeh..
:D

September 14, 2011

K.A.W.A.N

annoying gile la ko nieh..full stop.

September 13, 2011

ala facebook nie annoying la





1) Let me tell u every detail of my day
- oke, setiap mase ko akan update status fb kan. motif? ko xde keje ke klu time masak pun nak ckp "im cooking right now, asam pedas..hope sedap la.hikhik.." memamg sedap la kalu masakan ko hangus dek kerane update status setiap masa..opz silap, setiap saat.!

2) self promoter
- naek menyampah pun ade nieh.balek-balek muke ko.kejab-kejab lagi muke ko...ade lagi muke ko. jab g muke ko g.. perh, ade kut rase nak hempas lappy nieh plk. dan lagi tak tahan, bile ko update.."im single,sape nk couple?" "aku nieh sorang je, xde orang pun nak.aku sedar diri" wth r u?

3) luahan perasaan and berperang
- oke, bile happy ngn bf/gf ko comment la "bb i luvvvvv u, sumpahhhh! xkan ade orang lain lagi" tp once ko dah gado.. abes la ayat lancau ko kuar.. "hey, jantan dayus.. boleh ko tipu aku. mampus la ko jatuh moto kt seberang jalan pasnieh". "wei chikaro, ko bajet ko hot ke?".. macam-macam la korang nieh. nak manje-manje pun bertahap la jugak oke.. gelak je aku tengok korang nieh geli-geli.

4) sharing picca
- album dlm fb korang tu dah mencecah sampi berpuluh-puluh. picca korang pulak takyah cakap la. dah beratus-ratus. tu oke lagi.. boleh terime la. korang kan selalu melancong, then picca tu sume korang masukkan dalam fb. memamng fb nieh album korang pun. bile nak belek tengok. memang korang bukak fb pun. tapi bile picca tu penuh ngn gambar sensor. ape kejadahnye korang nie? picca korang berkemban nak g berak pun nak jadikan tatapan umum ke, picca korang kissing2 pun nak share ngan sanak saudara? oke fine, family korang memang open minded. aku je tak.. -_-


5) tempat stalker my ex boyfie/gurlfie
- nieh manusie yang agak mental la.. buat ape ko nak tengok kebahagiaan or kehancuran seseorang tu. bukan boleh buat ape pun. ko bajet ko stalker, ko tau sume bende ko puas hati? masalahnye nanti ko je yg emo lebih. meroyan-royan kat fren ko sume. padahal fren ko muak nak dengar kisah dongeng ko tu. lagi tak bleh blah, ko g tempat yang dieh check in sume. wah!! ex korang buat ape je? dorang tu buat dunno je.. page ko pun dieh tak pernah jejak kut. ade die kesah?

6) ketagihan game
-oke nieh aku tak leh cakap ape. lantak la ko klu nak maen game siap mase n saat. bukan aku bayar bill ko pun.haha. (padahal aku pun orang jenis cmtu. kcuf.. perh, nasib tak mencarut)

7) tempat carik pasangan ringan-ringan, or berat-berat jugak.
-eh, nieh sangat *&^%$#@**&%^&^%$**&$#@^&!*&^%*^$!.. oke, taknak cakap. bai!! (aku takleh cakap, nak sepak je laju-laju. boleh)

September 12, 2011

bile Naddy Amat merajuk. meroyan. mara.



maka MAWAR la pengubatnya..haha

entry yg lame dh type tp simpan..

haha...banyak gila nak story-story ngan korang oke..
sampai aku tak tau nak mulakan yang mana dulu..
sory la...bz gila sejak raya ritu..
and page nieh pun berabuk la sikit kan.
xpe..xpe belum lagi bersawang g.. lex ah!! haha..
dah tak moh intro panjang-panjang...meh layan ya kawan-kawan..


2nd, September


Raya time bersama tercinta..Celebrate raya dengan Mr. Pelik pulak la.. dia baru balek dari kampung malam tu. siangnye jumpe saya la..ape lagi kan.? tapi tak macam biasa.. Mak si dia pun ada jugak.. aduyai, nervous oke..!!! bukan mak je.. adik beradik pun ada. dan mak dia dah bercerita-cerita ngan mak saya. balek siap cium-cium pipi lagi.. wah jealous!!! oke picca takde, bab Mr.Pelik & Mrs. Pelik korang nieh suma g petik buah mangge.. raya saya buatkan kek kukus untuk dia.. nak buat yang lain tak kesampaian pulak. walau dia nak macam-macam. kesian. sape suh asek nak mengendeng je, suh menatap muke die je. camne orang nak buat keje lean...


3 September

it's my besday.. dan semestinya kene meraikan.. tapi..tapi kan...cedih bab anak takde sekali.. :'( saye dah biase sentiasa ngan die..hurm.. malam sebelum tu My Mr. Pelik wish masa dinner kat Naili's.. patut la beria-ia nak g sane.. ceh!! tapi... xde kek saya.. ngok je la dia tu.. sape je nak jadik romantik then buat macam-macam masa besday saya nieh?? ada sapa-sapa nak volenteer buat sume tu sila angkat tangan.. oh oke takde sapa.. senyap la....!! sambung cite balek... then kami g Cameron Highlands.. sejuk sungguh.. tak caya? tengok picca kat bawah nieh.. sumpah tak tipu..



 ~chenta hati beta~

 (hadiah besday..act saya baru ckp nk beli jam 2,
then dieh belikan. yg necklace 2, pn same.buat picca kami)
 
(Naili's..hubby kate tak sedap mane pun..mmg la..haha)

September 09, 2011

jom mogok pakai prepaid..

ape...ape nieh...arrrrgggghhhh.....
woi.. fish la angpa sampai kedit hp pn nk buat tax jgk pasnieh..
gilo ape...? pasnieh masuk toilet pn buat la tax jugak no..
senyuman saya akan makin melebar......teeeeeettttttt

oke pasnieh topup sekali sahaje untuk sebulan..
tax mahal uh.. 6% kut...ceh!!!
ke ke xyah topup bab tunggu orang lean je call..
kite guna call me back sahaje la..
haha..(mood : kedekut taek idung tawar)

September 08, 2011

Me And My Boyfriend


I've got a boyfriend now
He's my dearest pal
He'll always catch me when I fall
He's always there when I call

I've got a boyfriend now
He always talks so loud
Even in a crowded house
He always shows what he got

I share my dreams and all my stories
I don't think I need my diary
If you're teasing me, don't you worry
I will keep you in my memories

When my boyfriend smiles
The world seems all mine
And all the days seems truly fine
Make me reach up for the sky

Me and my bofriend now
We're moving so slow
If you really want to know
Come on and join the show!

I share my dreams and all my stories
I don't think I need my diary
If you're teasing me, don't you worry
I will keep you in my memories

When I'm blue….feel so lonely
No one sits here right beside me
I'm gonna call you just to hurry..Come and see me
It's so scary and I need you desperately

I share my dreams and all my stories
I don't think I need my diary
If you're teasing me, don't you worry
I will keep you in my memories

I share my dreams and all my stories
I don't think I need my diary
If you're teasing me, don't you worry
I will keep you in my memories

August 30, 2011

Merdeka Raya...

hey yo.!! today is the day..
so come and join the ceremony..
n i want to wish you all..

Happy Eidil.. Maaf Zahir Batin oke.
N Selamat Hari Merdeka..

So nak celebrate tak??

August 27, 2011

broken heart-happy ending

bf : awk bagi la saya simpan hati awk tu..
gf : betul ke awak nak hati saya?
bf : kenapa tak boleh ke saya nak miliki?
gf : bukan tapi............ (terdiam)
bf : tapi apa awak? (hampa)
gf : tapi hati saya nieh, awak tengok la..
bf : (cepat-cepat tengok)
gf : haty saya dah retak..hati saya buruk. (sedih)
bf : tak ape awak.. saya akan abek cebis dr yg retak tu.
      saya tau walaupun secebis, dia tetap bersinar dan boleh menerangi saya.
gf : awakkkk..........(air mata bergenang)

:')

August 25, 2011

broken heart-sad ending

gf : awk pulangkan balek..
bf : ape? ape die..?
gf : tu la..yang kat awk tu..
bf : mane ade pape..hiss
gf : ade tu, awak simpan..
bf : simpan pulak. kat mane? (mula bengang)
gf : tapi saye tak tau mane awak letak..
bf : mane ade kat saya la...
gf : saya tau ada.. saya dah kasi awak dulu. (mata mula berkaca)
bf : mana ada. lupa la saya letak mana.
gf : sampai hati awak. (air mata menitik)
bf : ish..kedekut betul, abik la balik.. (sambil baling)

prang!! (bunyi barang pecah)

gf : hati saya!! dah retak awak buat.
bf : takpa.. nanti saya belikan gam. cantum balik.
gf : ...... (kutip dan berlalu pergi)

:'(

biarkan aku lupa atau aku akan benci?

kenapa mesti ada duka dalam setiap tawa..
kenapa ada tangis bila senyum itu baru diberi.
kenapa datang mendung saat plangi muncul.
kenapa ada kau dalam aku...

thanks for everything.. aku akan sangat-sangat hargai.
:')

August 24, 2011

alergik teruk..

oke fine time frust la nak sakit.. nak jadik macam-macam..
ingat sikit cik naddy.. awak tu nak exam.
jangan pikir yang lain-lain.
dah cukup la meroyan-royan tu..ahak.(sila abaikan)
eh..entry dah melalut... oke just nak bagi tau..
stress sangat-sangat hari nie..
bertambah-tambah sebab muka dah naik alergik + kaki pun.
sebenarnya satu badan.. saje taknak bagi tau korang
opz, dah terbagi tau pun! lalalalalalalalalala....
tapi yang paling teruk kat mata..
macam tak boleh nak bukak oke..
ape penyebabnye ye? nak kata makan seafood..
dah berhari-hari lepaskan.. jangan la efect time nak raye..
tolong la muka..saya merayu rayu rayu....
doct nak mc boleh?? :'(


p/s : picca tak abek... nanti tambah stress.. sila jauhkan chermin dari saya.
say no to mirror..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...